"Dah dapat dah (Riena). Sudah tentu 100 peratus saya 'happy' (Riena boleh terima Sky dengan baik). Itu pun tanpa dibuat-buat dan mereka berdua terus jadi rapat.
"Kadang-kadang bila Sky datang ke rumah, mesti dia akan tanya mana aunty Riena? Mereka akan bermain sama-sama, main mekap lah, apa semua itu dan ini."
Demikian jelas pelakon, Keith Foo, 41, dimana dia tanpa berselindung mengaku sudah bertemu calon pasangan sesuai iaitu pelakon Riena Diana, 28, yang disifatkan boleh melayan dan menyayangi anak perempuannya, Skylar Raymond Foo, 8, dengan setulus hati.
Dalam pada itu, Keith berkata, dia sangat gembira apabila melihat keakraban hubungan Riena dan anaknya itu secara semula jadi tanpa dibuat-buat kerana ikatan kasih sayang sangat penting.
Ujarnya lagi, ikatan perhubungan tidak boleh dipaksa ketika ditanya mengenai kriteria dia mencari calon isteri dimana dia perlu lebih dulu menerima anaknya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Keith pernah berkahwin dengan model, Kim Raymond pada November 2015, namun mereka bercerai pada Disember 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Disamping itu, mengenai hubungan rapatnya dengan Riena pula, Keith memberitahu, ia baru terjalin kira-kira setahun lalu dan boleh dikatakan mereka juga ketika ini menjadi perhatian penerbit untuk digandingkan dalam drama yang sama.
Dalam perkembangan lain, Keith dan Riena berlakon sama dalam drama 'T0ksik Cinta' untuk TV3 yang menggandingkan mereka dengan pelakon lain seperti Aqasha, Cristina Suzanne dan ramai lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment