05 August 2025

BILA HISYAM HAMID 'BONGKAR' DIA SEPATUTNYA JADI PENYAMPAI 'SELEBRITI FEMININ TERHANGAT', BUKAN BELLA ASTILLAH



"Sampai-sampai saja 'Hisyam jom terus ke backstage'. Tak tahu pula kena sampaikan anugerah pertama. Tiba-tiba gem£ntar."

Itulah tulis pelakon Hisyam Hamid di laman Thr£ads dimana perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi ramai apabila mendakwa dia sepatutnya menjadi penyampai bagi kategori 'Selebriti Feminin Terhangat' di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang berlangsung pada malam Ahad.

Bagaimanapun, Hisyam atau nama penuhnya, Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, dalam hantaran itu berkata, dia terkejut selepas diminta untuk menjadi penyampai anugerah bagi kategori yang pertama pada saat-saat akhir di acara tersebut.

Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, Hisyam turut berkongsi mesej dipercayai daripada pihak pr0duksi yang memberi butiran mengenai komitmen yang perlu dilakukan, dimana mesej tersebut menunjukkan pelakon itu sepatutnya menjadi individu yang menyampaikan anugerah bagi kategori 'Selebriti Feminin Terhangat'.

Namun begitu, Hisyam dipercayai telah pun memadam hantaran tersebut, namun netizen sempat membuat tangkap layar serta meny£lar tindakan pr0gram hiburan itu kerana seakan-akan mahu membvli Bella Astillah.
Susulan hantaran pelakon filem 'Memori' itu, netizen mendakwa Hisyam yang sepatutnya menjadi penyampai, namun tertanya-tanya bagaimana boleh Bella Astillah menjadi penyampai.

"Sepatutnya Hisyam yang sampaikan anugerah itu tetapi Melodi tukar pada minit terakhir kepada Bella.
"Jah@t tak jah@t mereka ini, jadi kepada semua gunakan kuasa viral."

"Terima kasih kepada Hisyam walaupun dah padam hantaran tersebut tetapi ada yang sempat screenshot," antara komen-komen yang tulis netizen.
Sebelum ini, Bella menjadi penyampai trofi bagi kategori 'Selebriti Feminin Terhangat' yang dimenangi oleh pelakon Sophia Albarakbah.

Apa yang menarik perhatian, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat kurang selesa ketika mengumumkan pemenang kategori itu sehingga tidak bersalaman mahupun memandang wajah Sofia ketika menyerahkan trofi di atas pentas.

Terdahulu, nama Sophia mel£dak selepas Bella mendakwa pelakon berkenaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekitar Januari 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: