"Kita baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila."
Demikian jelas peguam mewakili penyanyi Datuk Amy Search iaitu Datuk M Reza Hassan, dimana dia memaklumkan sudah menghantar n0tis tuntutan (LOD) kepada penyanyi Shila Amzah berhubung kontr0versi yang tular bulan lalu.
Kata M Reza ketika dihubungi, peguam yang diwakili Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, bagaimanapun meminta waktu untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, ujarnya lagi, dia tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai tuntutan yang dibuat terhadap penyanyi itu.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, tindakan Amy memadam semua foto dan video di media sosial miliknya telah menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan terkini penyanyi terbabit.
Namun, tidak dapat dipastikan bila Amy atau Suhaimi Haji Abdul Rahman, 67, memadam semua hantaran yang pernah dimuat naik, selain tujuan tindakan itu dibuat.
Hanya mengekalkan foto profil miliknya di akaun tersebut, Amy yang memiliki 119,000 pengikut juga dilihat tidak menyahaktifkan atau meletakkan media sosial itu di dalam mod privasi.
Bagaimanapun, hasil tinjauan di laman sosial peribadi yang lain, bapa kepada pelakon Nabila Huda itu masih lagi menyimpan video dan gambar.
Usaha media isteri Amy iaitu Datin Norhasniza Hassan untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila mesej WhatsApp dan panggilan dibuat tiada balasan.
Sebelum ini, nama Amy menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa sebagai individu yang meny£rang Shila sehingga satu laporan polis dibuat pada 10 Julai lalu.
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak dan hasil sias@tan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
Kemudian pada 16 Julai lalu, Amy pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment