05 August 2025

AMIR RAJA LAWAK : "DATUK, PULANGKAN WANG SAYA... SAYA PERLUKAN WANG ITU UNTUK BELI LAMPIN PAKAI BUANG, SUSU, BEG ST0MA, UBAT-UBATAN..."



"Apa yang berlaku selepas semua itu dilakukan? Dia masih berada di rumah, keluar membeli-belah dan terus bercuti seperti tiada apa-apa yang berlaku, tuan-tuan dan puan-puan.
"Saya? Jika dilihat secara zahir, memang saya tidak kelihatan kuat, apatah lagi untuk mend£sak seorang yang berharta supaya menyelesaikan amanahnya kepada orang yang tidak berada, iaitu saya sendiri.

"Tetapi mengapa saya sampai begini? Kerana saya sedang sangat memerlukan hak saya yang seakan-akan dinafikan. Saya mahu selesaikan segera. Datuk, pulangkan wang saya, supaya saya boleh teruskan urusan hidup saya seperti biasa."

Itulah tulis pelawak Amir Raja Lawak, 36, dimana dia mend£sak individu-individu dari stesen TV yang berhut@ng dengannya melunaskan bayaran sebanyak RM18,000 itu secepat mungkin.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosialnya, men£gaskan, walaupun pelbagai tindakan menggunakan saluran undang-undang diambil, mereka masih lagi tidak terk£san.

Dalam pada itu, jelas Amir lagi, dia memerlukan wang untuk kos rawatan serta keperluan bapanya yang menjalani rawatan kans£r.

"Adakah saya perlu tunggu sehingga keadaan betul-betul terd£sak, ketika tiada masa dan semua simpanan sudah berada di penghujung, barulah saya nak meminta kembali hak saya? Sudah tentu saya tidak akan dapat duit itu serta-merta!

"Saya perlukan wang itu untuk membeli lampin pakai buang, susu, beg st0ma, ubat-ubatan dan menampung kos rawatan lain yang berkaitan. Apa yang saya sedang lakukan sekarang hanyalah ibarat menyediakan payung sebelum hujan," katanya.

Terdahulu, industri hiburan h£boh dengan kisah mengenai sebuah stesen TV yang berhut@ng dengan beberapa individu termasuk selebriti tempatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: