05 August 2025

DIPANJANGKAN USIA - NAZREY JOHANI LUAH RASA SYUKUR : "99 PERATUS TERSUMB4T DI EMPAT SALURAN UTAMA... KALAU MENGIKUT DOKTOR, SAYA MEMANG TIDAK DAPAT DISELAMATKAN"



"99 peratus tersumb@t di empat saluran utama dan s£rangan ini berpunca daripada pemakanan dalam jangka masa yang panjang. Doktor pada awalnya beritahu cuma satu peratus saja yang boleh boleh mengepam dar@h dan membekalkan oksigen ke seluruh badan.

"Kalau mengikut doktor saya memang tidak dapat diselamatkan. Itu kata doktor tapi Allah masih panjangkan usia saya lagi, Alhamdulillah."

Demikian kata bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani, 53, yang meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk terus hidup selepas mengalami s£rangan jantung pada 28 Julai lalu.

Jelas Nazrey, doktor yang merawatnya memaklumkan, empat saluran jantung tersumb@t dan hanya tinggal satu peratus sahaja harapan untuk bernyawa.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nazrey berkata, keadaannya kini semakin beransur pulih ketika ditanya mengenai keadaan dirinya selepas menjalani rawatan angi0gram pada 29 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Sabah.

"Alhamdulillah saya sudah selesai menjalani rawatan angi0gram dengan memasukan dua sten dan empat belon. Rasa s@kit sudah tiada cuma badan masih belum stabil lagi," kongsinya yang sebelum ini menah@n rasa s@kit dada selama dua bulan dan tidak menyangka ia adalah s£rangan jantung.

Menurut penyanyi itu lagi, dia akan mengambil rehat selama sebulan dan memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.
Tambahnya, dia juga tidak boleh melakukan aktiviti berat termasuk mengangkat barang, menunduk, memegang telefon bimbit, mahupun menyanyi buat sementara waktu.

"Dalam masa sebulan ini memang saya betul-betul nak rehatkan diri, jaga pemakanan serta dapatkan tidur yang cukup. Saya perlu berehat daripada menyanyi selama sebulan dan tidak boleh menaiki kapal terbang selama enam bulan.

"Saya perlu ikut segala nasihat doktor," tuturnya yang juga memberitahu, tubuh badannya mungkin sedikit terkejut sebelum ini kerana agak aktif kira-kira tiga bulan lalu selepas menerima jemputan persembahan dan merakamkan lagu di Kuala Lumpur.

"Saya sudah kurangkan aktiviti seni sejak beberapa tahun ini, cuma tiga bulan ini saya kuatkan diri untuk kembali aktif," kata Nazrey atau nama penuhnya, Nazrey Johani Abdullah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: