"Saya tak nak komen lebih. Saya tak nafi atau mengiyakan fasal hubungan kami. Apa yang boleh saya katakan kami dalam fasa mengenali satu sama lain. Ada jodoh atau tiada, saya serahkan kepada takdir Ilahi. Itu semua rahsia Allah."
Itulah ujar pelakon Emma Maembong, dimana dia tidak mengiyakan atau menafikan mengenai dakwaan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd.
Bagaimanapun, Emma ketika dihubungi memberitahu, dia dalam fasa mengenali hati budi jejaka tersebut, selain turut mengakui gembira berkawan dengan DJ Kidd kerana mempunyai banyak persamaan.
"Banyak benda yang buat saya selesa, tapi semuanya masih dalam fasa berkenalan dan saya tak nak terlalu war-warkan.
"Saya gembira dengan hidup sederhana ini. Saya pun manusia biasa dan boleh berkenalan dengan siapa saja," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Mestilah saya mahukan hubungan yang terbaik. Doakan yang baik-baik buat kami," tutur ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu.
Sebelum ini, hubungan pasangan itu kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 bersama pada malam Ahad.
Perkara tersebut dikongsikan di laman sosial DJ Kidd, dimana dia dilihat mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma yang tampil anggun mengenakan gaun hijau dan korset berona merah jambu.
Terdahulu, timbul g0sip mengatakan Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan DJ Kidd.
Malah, Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular dalam media sosial.
Namun, dakwaan sudah berkahwin itu dinafikan oleh Emma yang turut men£gaskan tiada hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment