"Tapi, sampai bila saya tidak bekerja? Duduk rumah lama-lama sebab berehat pun tak boleh juga, bosan pula. Jadi, saya fikir kena keluar bekerja semula. Majikan saya di pusat beli-belah itu pun okay.
"Insya Allah, saya nak kerja balik mulai Jumaat ini. Sekarang pun keadaan kesihatan saya menunjukkan pemulihan yang p0sitif. Saya juga setiap hari di waktu pagi dan petang akan keluar berjalan perlahan-lahan di keliling rumah untuk bersenam.
"Alhamdulillah, saya kini dah ada tenaga untuk berjalan. Lagi pula, sekarang duit sangat penting dan kalau saya terus tidak bekerja, macam mana pula? Jadi, saya memang perlu bekerja."
Itulah kata anggota kumpulan Nico G, Dino, 50, dimana dia bercadang ingin bekerja semula sebagai jurujual mulai Jumaat ini, untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan kehidupan dan bayaran rawatan kesihatannya.
Jelas Dino atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rosli, dia sudah terbiasa bekerja selama ini, namun akib@t s£rangan angin ahmar dialami awal Julai lalu, menyebabkan sudah sebulan tidak boleh bekerja dan perlu berehat.
Dalam pada itu, Dino memberitahu, buat masa ini, dia hanya ada mengisi borang daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sahaja ketika ditanya sama ada dia mahu cuba memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal.
"Saya rasa untuk mohon bantuan daripada pihak berkenaan (JKM / Baitulmal) itu belum lagilah. Pada saya, buat masa ini, Allah masih beri kekuatan dan semangat untuk bekerja. Jadi, biarlah saya kerja dulu.
"Lagi pula, zaman sekarang saya lihat macam-macam komen netizen tulis di media sosial. Jadi, saya tak mahu buka ruang untuk orang tulis macam-macam mengenai situasi saya. Apapun, saya tetap kena berdikari," ujarnya.
Baru-baru ini, Dino menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac dan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi di rumah ibu bapa saudaranya di Kampung Bharu.
Dalam kunjungan sempena Program Ziarah Seni Madani itu, Dino turut menerima sumbangan berupa wang tunai daripada FINAS dan bakul makanan oleh Kementerian Komunikasi.
Sebelum ini, Dino juga ada memberitahu dia memerlukan bantuan kewangan untuk digunakan bagi menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap dua minggu sekali.
Katanya, selain itu, dia turut mengambil inisiatif berubat secara tradisional yang memerlukan perbelanjaan sekitar RM200 untuk setiap sesi urutan dengan tukang urut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment