07 August 2025

"MASA DI KUBUR DIA, SAYA DAPAT BAU BENDA WANGI" AIR MATA LANDO J4TUH BUAT PERTAMA KALI DI KHALAYAK RAMAI, KONGSI KEM4TIAN RAKAN TERBABIT KEMAL4NGAN JALAN RAYA



Sering kelihatan lantang bersuara dalam pelbagai isu terutama jalan raya, namun pelakon dan aktivis masyarakat iaitu Lando Zawawi, 50, dilihat menangis buat pertama kali di khalayak ramai ketika itu tampil sebagai tetamu di sebuah p0dcast untuk berkongsi pengalamannya.
Dalam p0dcast itu, Lando atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi, yang juga pengasas Ikatan Silaturahim (Brotherhood), tidak dapat mengawal perasaan, bercerita mengenai kem@tian seorang rakan yang terk0rban dalam kemal@ngan membabitkan motosikal dan lori.

Kongsi Lando lagi, semasa dia dan pasukannya aktif menjalankan aktiviti menurap jalan secara sukarela, seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang, menawarkan diri untuk turut serta.

"Nama dia arwah B0tak. Dia punca kenapa saya bertanding dalam Pilihanraya Umum Tanjung Karang. Masa dia pertama kali nak join saya, dia foll0w saya tur@p jalan berata-rata.

"Kami tur@p banyak lubang di Rawang, Kuala Selangor, sampai Kuala Lumpur. Dia turap pakai tangan, sampai saya cakap kau ini gil@. Dia kata dia nak ajar tangannya berbudi.

"Sebabnya bila meninggal nanti dia kata, mulut akan dikunci dan malaikat akan tanya anggota kita, apa yang anggota kita buat? Saya pun tak fikir jauh sangat," ceritanya.

Katanya lagi, suatu hari dia menerima berita kem@tian B0tak terbabit dengan kemal@ngan motosikal dengan lori yang membuat pusingan u di tempat yang tidak dibenarkan.

"Saya minta, mereka hantar gambar. Saya tengok jarinya berada dalam keadaan orang mengucap Syahadah. Allah boleh bagi peluang pada dia. Saya ini tak tahu lagi.

"Mukanya bersih. Masa kebumi terlalu ramai orang datang. Saya dah biasa pergi kebumi seniman dan seniwati, tak seramai ini. Masa di kubur dia, saya dapat bau benda wangi. Bau itu ikut saya sampai beberapa kilometer.

"Sebab itu saya bertanding dekat Tanjung Karang. Itu kampung dia. Dia pun cakap nak berjasa dekat Tanjung Karang. Jalan sana t£ruk," tutur Lando yang tetap berpuas hati kerana sempat menurap jalan sembilan sekolah di Tanjung Karang, walaupun kal@h.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: