29 August 2025

DAKWAAN SUDAH BERCERAI - REBECCA NUR AL ISLAM, ENGGAN ULAS, MINTA RUANG



"Bagi saya ruang sekejap ya. Saya hargai. Terima kasih," itulah ujar pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, 39, dimana dia meminta sedikit ruang ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman.
Rebecca diminta mengulas dakwaan itu selepas hantaran yang dimuat naik olehnya di media sosial semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya apabila ruangan keterangan ditulis dengan nada kesedihan berkaitan situasi rumah tangganya.

"18 tahun kita bersama. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.

"Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan selama 18 tahun ini. Kita berusaha sebaik mungkin, namun Allah SWT adalah sebaik-baik perancang," tulisnya yang turut menyertakan gambar suaminya itu.

Lebih mencurigakan, ruangan biodata media sosial Rebecca juga kini tertera 'Single Mother of 7' (ibu tunggal kepada tujuh anak).

Untuk makluman, Rebecca berkahwin dengan Norazam pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

Selain itu, Rebecca juga mempunyai seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, yang kini berusia 16 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: