"Itu adalah mark£ting strategi daripada brand yang saya berkolaborasi, saya pun tidak berapa tahu bagaimana exact plannya. Apa yang saya tahu itu adalah kolaborasi untuk busana pengantin.
"Jadi pastinya ada video panjang dan beberapa video teaser, jadi video yang berbeza-beza maka pandangan orang pun berbeza-beza.
"Bagi saya masing-masing ada cara untuk prom0sikan pr0duk cara mereka, saya hanya menjalankan tanggungjawab, tiada niat nak buat itu, ini, apa semua tu."
Demikian jelas penyanyi Amira Othman, 32, yang tampil menjawab dakwaan g0sip pernikahannya dengan pelakon Fattah Amin, 34, susulan video memaparkan penyangkut baju busana pengantin dengan huruf A dan F.
Ujar Amira, video tersebut adalah sebahagian daripada strategi pemasaran sebuah jenama yang berkolaborasi dengannya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada pihak jenama cuba menungg@ng g0sipnya bersama Fattah, Amira berkata, setiap jenama ada strat£gi pemasaran mereka sendiri.
Klik untuk gambar besar
"Sudah pasti dari segi penerimaan ada yang suka dan ada yang kurang selesa tapi saya tak boleh kawal perkara itu. Mungkin saya tak pakai baju pengantin sebelum ini dan bila pakai baju pengantin untuk kerja pun jadi satu bualan," ujarnya.
Sementara itu, Amira turut menjawab mengenai tarikh perkahwinan yang tular dalam video itu pula, dimana jelasnya, tarikh dan sp£kulasi mengenai perkahwinannya sudah lama diperkatakan netizen.
"Saya akan kongsikan jika ada dan tidak akan sembunyikan dari semua. Jadi, saya mohon doa yang baik-baik dari semua. Cakaplah benda yang baik-baik sebab saya tak boleh nak kawal apa yang orang nak fikir dan cakap pasal saya," ujarnya.
Sebelum ini, nama Amira hangat diperkatakan selepas video memaparkan penyanyi itu mengenakan busana pengantin serta penyangkut baju huruf A dan F serta kad dengan tarikh 26 Ogos.
Pasangan 'teman sekerja' popular itu kini menarik perhatian netizen di media sosial apabila mereka didakwa bakal naik pelamin tidak lama lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment