30 August 2025

JUAL NASI BERLAUK RM5 - TAIYUDDIN BAKAR KETEPI POPULARITI DIMANA DULUNYA DEPAN KAMERA, KINI BELAKANG BUT KERETA



Sejak tiga minggu lalu, pelakon dan penyanyi, Taiyuddin Bakar menjelaskan, dia kini aktif berniaga makanan hasil air tangan isterinya, Norzila Zulkifli dan idea itu terc£tus secara spontan selepas mereka mencari aktiviti untuk mengisi masa pada waktu malam.

Bagaimanapun, Taiyuddin berkata, dia tidak kisah dengan statusnya sebagai selebriti apabila memilih untuk berniaga makanan berlauk secara car boot di tepi jalan sekitar Seri Kembangan, Selangor, sebaliknya hanya mahu menikmati hidup dengan melakukan perkara yang menggembirakan hatinya.

"Ada orang cakap saya ketepikan populariti, tapi sejujurnya saya seronok melakukan apa saja pekerjaan. Saya selesa dan tak ambil pusing sangat tentang latar belakang saya.

Klik untuk gambar besar

"Saya mula meniaga begini sejak tiga minggu lalu. Idea datang sebab tak tahu nak buat apa pada waktu malam. Kemudian saya dan isteri terfikir, apa jenis makanan yang sesuai untuk dijual," ujar Taiyuddin atau lebih mesra disapa Tai.

Kata Taiyuddin, dia yang menyedari kedudukan mereka dalam kelompok B40, memastikan harga makanan yang dijual kekal mampu milik iaitu RM5 sebungkus.

Dalam pada itu, kongsinya lagi, pengalaman berniaga bukan sahaja menjadi sumber rezeki, malah membuka peluang untuknya bertemu dengan insan berhati mulia.
"Sebab kita pun B40, jadi harga pun letak marhaen saja. Adalah untung tapi tak banyak. Saya pun harap ada 'untung' daripada sudut lain. Contohnya, ketika berniaga saya kenal ramai orang baik. Ada yang sanggup buat infaq dan sebagainya. Itu pun rezeki juga," tuturnya.

Difahamkan, pasangan ini pada awalnya memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan modal sekitar RM300 serta menyediakan 70 pek makanan sehari. Bagaimanapun, sambutan luar jangkaan membuatkan mereka kini meningkatkan jumlah jualan sehingga 200 pek sehari.

Untuk makluman, Taiyuddin mendirikan rumah tangga dengan Norzila Zulkifli pada Mei 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ahmad Ansari yang kini berusia 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: