"Saya berdiam diri selama ini kerana saya mahu perkara bersifat peribadi ini diselesaikan dengan cara yang baik dan tertutup.
"Namun saya mendapati perkara ini masih berterusan dan melamp@ui bat@s sehinggakan penyataan serta gelaran yang tidak sepatutnya ditujukan kepada ibu bapa serta anak-anak saya.
"Demi menegakkan kebenaran dan atas nama keadilan, saya akan mengambll tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada pihak dan/atau pihak-pihak yang berkenaan."
Itulah kata pelawak Shuk Sahar, 39, dimana dia n£kad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitn@h tentang dirinya di media sosial.
Jelas Shuk atau nama sebenarnya, Mohamad Shukri Sahar, selama ini dia mengambil pendekatan untuk menyelesaikan mas@lah peribadi secara tertutup, namun individu dimaksudkan itu bertindak di luar kawalan.
Shuk yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya berkata, dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan membela nasib ibu bapa serta anak-anak yang turut menerima t£mpias.
Klik untuk gambar besar
"Saya telah mendapat makluman bahawa terdapat individu yang telah mengeluarkan penyataan fitn@h dan berunsur jah@t yang berterusan kepada saya.
"Penyataan tersebut juga telah dimuat naik secara berterusan di platf0rm media sosial dan telah dikongsikan di beberapa platf0rm media hiburan," ujarnya.
Maklum Shuk, isu pengesahan nikah dan perceraiannya dengan isteri iaitu Fara Salleh masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah.
Shuk dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau sp£kulasi bagi menghormati institusi kehakiman negara.
"Perkara peribadi termasuklah isu pengesahan pernikahan serta menentu sahkan perceraian masih lagi belum diputuskan oleh Mahkamah.
"Oleh yang demikian, semua pihak disarankan untuk tidak membuat sebarang penyataan, sp£kulasi, komen serta andaian berkenaan dengan perkara-perkara yang masih belum diputuskan oleh mahkamah.
"Ia demi menghormati institusi kehakiman di Malaysia dan juga menjaga daripada sebarang tindakan yang boleh menj£jaskan reputasi mana-mana pihak," tuturnya.
Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon. Perkara itu dikongsikan Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Fara, Shuk melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan suaminya melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment