"Dia dah lama impikan bayi kembar. Doakan saja untuk dia. Sebelum kahwin lagi, dia cakap impian nak dapat anak kembar. Keluarga sebelah saya ada saudara kembar. Saya rasa baguslah dia buat macam itu (muat naik hantaran) supaya orang doa untuk dia."
Demikian ujar pelakon Syafiq Kyle yang tampil memberi respons terhadap perkongsian isterinya, pelakon Mimi Lana, dimana dia memohon doa agar dikurniakan cahaya mata kembar.
Kata Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, sebelum mereka mendirikan rumah tangga, Mimi sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, hantaran yang dimuat naik oleh Mimi baru-baru ini bukan sahaja mahu menyatakan hasrat ingin menimang cahaya mata, sebaliknya ingin memberi mesej p0sitif kepada pengikut di media sosial.
"Dia (Mimi) ada kongsi dengan saya juga sebelum ini, saya tanyalah kenapa post macam tu. Dia cakap sejak kebelakangan ini, dia nampak banyak hantaran tentang keb£ncian atau perkara-perkara tidak seronok untuk dilihat.
"Dia nak buat benda yang p0sitif. Katanya kalau banyak orang berdoa perkara baik lebih termakbul. Itu yang dia cakap dengan saya," tuturnya yang selamat mendirikan rumah tangga bersama Mimi pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, memuat naik perkongsian di laman Thr£ads menyatakan hasratnya untuk dikurniakan anak kembar dan pelakon berkenaan berkata, dia mahu orang ramai mendoakan keinginannya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment