"Kos rumah itu memang tinggi. Saya boleh cakap nilainya dalam lapan angka. Tapi faham sajalah, sekarang harga semua mahal," ujar pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, 34, dimana dia mendedahkan kos pembinaan rumah agam yang dibina bersama suaminya, pelakon Aeril Zafrel mencecah lapan angka.
Jelas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, jumlah itu dianggap besar memandangkan harga bahan binaan ketika ini semakin meningkat, selain turut berkongsikan, projek kediaman berkonsepkan France Luxury yang sedang dibangunkan sejak tahun lalu itu mempunyai 12 bilik dan dijangka siap Disember tahun depan.
Kata Wawa lagi, kebanyakan idea reka bentuk datang daripada suaminya, manakala dia lebih menumpukan perhatian pada urusan bisnes serta mengakui tempoh pembinaan yang panjang memberi sedikit tek@nan, namun dia memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.
Klik untuk gambar besar
"Kebanyakan idea memang daripada Aeril sebab saya tak mahu fikir banyak dan mahu fokus pada urusan bisnes. Tapi bila dah buat, ada juga rasa meny£sal untuk apa rumah besar ini. Tengoklah nanti bila dah siap, masih meny£sal atau tidak," selorohnya.
Selain kediaman impian, Wawa juga memberitahu, dia mahu menumpukan usaha melangsaikan hut@ng bank serta membantu lebih ramai golongan memerlukan, malah dia berazam menghadiahkan sebuah rumah kepada setiap adik-beradiknya.
"Selepas ini saya nak tenang-tenang saja. Saya nak selesaikan hut@ng bank dan bantu lagi ramai orang untuk beri manfaat. Impian saya seterusnya, kalau ada rezeki, nak belikan rumah untuk setiap adik-beradik saya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment