23 August 2025

DIDAKWA BUAT 'CONTENT' LUC*H DENGAN H0T DADDY - ZARINA ANJOULIE TAMPIL NAFI : "SAYA JANDA ANAK SATU, ANAK SEKOLAH AGAMA & TAK BUAT MACAM ITU"



"Bukan 'content' luc*h ya. Kita orang Islam tak sokong benda begitu. Lagipun, saya janda anak satu, anak sekolah agama dan tak buat macam itu.
"Betul, video dengan Daddy Ash tapi bukan 'content' an£h-an£h. Cuba cari satu video saya ada cakap saya jual video macam itu? Itu netizen yang cakap.

"Kita orang Islam, tahu benda itu har@m. Takkanlah saya nak buat," demikian kata pelakon Zarina Anjoulie, 37, ketika menjawab mesej langsung netizen menerusi perkongsian di media sosial.

Zarina atau mesra disapa Anju menafikan video dia bersama individu dikenali sebagai 'H0t Daddy' atau 'Daddy Ash' dalam laman berbayar Tel£gram adalah 'content' (kandungan) luc*h seperti dakwaan segelintir pihak.

Berhubung dakwaan itu, Anju menjelaskan, tiada kandungan aksi panas, melainkan hanya aktiviti harian ketika terserempak lelaki yang juga rakannya itu di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Anju dalam masa sama turut berkongsi, pertemuan dengan Daddy Ash berlaku secara kebetulan ketika dia ke pulau peranginan itu untuk memprom0sikan pr0duk.

"Sampai di Bali, saya terserempak dengan Daddy Ash. Individu yang kalian tahu aktiviti dia tapi untuk isu viral ini, saya tak terbabit langsung dengan apa yang didakwa netizen.

"Macam saya cakap, tujuan utama ke sana hanyalah untuk kerja ambil gambar dan 'content' cantik bersama Sylvia Secret. Macam biasa, bila terserempak dengan mereka, saya suka buat 'p0sting' (hantaran) di media sosial.

"Tanpa tanya saya, tanpa fikir panjang, kalian pula terus tularkan macam-macam cerita sampai ada yang tanya mana pautan Tel£gram dan nak langgan," tulisnya.

Tambahnya lagi, tujuan dia berkongsi hantaran dengan Daddy Ash adalah untuk menyampaikan maklumat lebih menyeluruh mengenai pr0duk palsu yang masih wujud.

"Tel£gram yang saya buat itu kerana ramai yang minta. Tapi saya nak jelaskan tiada langsung hantaran video yang macam dimaksudkan netizen.

"Disebabkan kalian nak tahu sangat, saya pun buat satu saluran Tel£gram khas tapi di situ tiada langsung video luc*h atau perkara kotor seperti diperkatakan.

"Apa yang ada hanyalah aktiviti harian saya sepanjang berada di Bali, pergi gimnasium, jalan-jalan dan memasak. Itu saja," ujarnya.

Terdahulu, hantaran video Zarina bersama Daddy Ash atau nama sebenarnya, Ikhwan Arif Zul Hasil yang pernah terpalit kontr0versi dengan tiga wanita itu mengundang kec@man netizen.

Malah, tindakan Zarina berbaring di sisi lelaki itu turut meraih teguran agamawan apabila disifatkan memprom0sikan maks1at.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: