"Kejadian sebelum ini, saya keluar ambil Sophia dan Mikhael (anak) balik sekolah. Harris keluar dah sampai pagar seorang diri. Kau rasa aku tak naik h@ntu (mar@h) ke? Ada pembantu rumah ramai-ramai pun tak gun@."
Demikian kata pelakon Shima Anuar, dimana dia hilang sabar apabila empat pembantu rumahnya dikatakan cul@s dalam menjaga keselamatan anak bongsunya, Harris ketika dia tidak berada di rumah.
Shima atau nama sebenarnya, Noor Hashimah Anuar, 34, yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di media sosial, turut meluahkan rasa k£sal apabila mendapati anaknya berada di pintu pagar seorang diri tanpa pengawasan pembantu rumah.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya lagi, selama ini dia sentiasa menjaga hubungannya dengan pembantu rumah, namun selepas dipercayai melakukan kerja sambil lewa sehingga menganc@m keselamatan anak lelakinya itu, kali ini dia sudah hilang sabar.
"Daripada empat pembantu rumah, sekarang semuanya hilang. Baguslah. Daripada aku str£s boleh s@kit jiwa dengan perangai masing-masing. Bila dilayan baik, semua naik lem@k. Buat kerja sambil lewa. Semua benda nak ditegur, disuruh. Bukan sekali dua," ujarnya.
Untuk makluman, Shima mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017. Selain Harris, mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Marian Sophia, 6, dan Mikhael Iman yang kini berusia lima tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment