23 August 2025

BAKI BAYARAN RM18,000 - AMIR RAJA LAWAK RAYU STESEN TV LUNASKAN, KESIHATAN BAPA KINI MAKIN UZUR : "DUIT ITU MEMANG UNTUK 'STANBY' RAWATAN AYAH, T4KUT ADA KEC£MASAN"



"Awal tahun ini ayah dah tak boleh keluar berjalan, kerap sangat nak buang air besar. Bila hantar ke hospital, mula-mula doktor kata gastrik, tapi kemudian sahkan kans£r usus.

"Sekarang ini sudah uzur, jadi ayah duduk di rumah saja. Nak bangun pun j@tuh, pernah terh@ntuk dinding dan kerusi. Jadi memang kena ada orang sentiasa jaga."

Itulah jelas pelawak Amir Raja Lawak, 35, dimana kongsinya, bapanya kini berada dalam keadaan uzur dan memerlukan penjagaan rapi kerana tidak lagi mampu berjalan sendiri, selepas disahkan menghidap kans£r usus.

Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, sekali lagi mengingatkan sebuah stesen televisyen (TV) untuk menjelaskan bayaran tertungg@k berjumlah RM18,000, demi menampung kos perubatan bapanya itu.

Klik untuk gambar besar

Katanya lagi, wang hasil kerjanya bersama stesen televisyen itu mahu dijadikan sebagai persediaan untuk menampung kos rawatan dan ubat-ubatan bapanya.

"Saya nak duit saya saja, jumlah sekarang RM18,000. Duit itu memang untuk 'standby' rawatan ayah, t@kut ada kec£masan," tuturnya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaraan Penjenamaan Lindung anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya mengenai n0tis tuntutan (LOD) yang didakwa telah dihantar oleh stesen televisyen tersebut, Amir memberitahu, dia belum menerimanya dan enggan memperbesarkan perkara itu.
"Saya tak nak besarkan lagi, biar saja dulu. Sekarang belum terima LOD tu. Akan ada perbincangan dengan mereka dalam masa terdekat. Saya memang nak selesaikan dengan baik," ujarnya.

Disamping itu, Amir meluahkan rasa syukur kerana ramai yang prihatin terhadap kesus@hannya ketika mengulas mengenai sokongan yang diterima daripada rakan artis.

"Alhamdulillah, ramai artis yang hulurkan sumbangan tapi mereka tak nak nama didedahkan. Nombor akaun pun guna akaun ayah saya. Jumlah pun saya tak tahu berapa," katanya.

Sebelum ini, Amir bersuara untuk menuntut bayaran tungg@kan berbaki RM18,000 untuk penglibatannya dalam pr0gram di stesen televisyen berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: