23 August 2025

VIDEO TULAR SELEBRITI LELAKI ASYIK MENARI DI KEL4B MAL4M - LINDA HASHIM PILIH UNTUK TIDAK ULAS PANJANG BILA NAMA SUAMINYA, BEEGO DIKAITKAN : "JIKA BENAR, ITU ADALAH KEHIDUPAN DIA... KITA DOAKAN YANG TERBAIK"



"Kenapa tanya saya? Kenalah tanya kepada dia. Tentang berita hari ini pun saya tidak mahu masuk campur. Dia ada kehidupan sendiri dan saya pun dah 'move on'. Jika benar, itu adalah kehidupan dia."

Demikian ujar pelakon Linda Hashim, dimana dia memilih untuk tidak mengulas panjang selepas tular kisah seorang selebriti lelaki asyik menari di kel@b mal@m yang mengaitkan nama suaminya iaitu pelakon Beego, ketika pasangan itu berdepan kem£lut rumah tangga.

Kata Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, jika benar artis yang dikatakan itu adalah suaminya, ia bukan urusan peribadinya.

Klik untuk gambar besar

Tambahnya lagi, selepas kisah itu menjadi bualan ramai, ada pihak cuba menghubunginya bertanyakan perkara sama, bagaimanapun dia tidak membaca secara terperinci tentang apa yang diperkatakan.

Linda dalam masa sama berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik sekiranya benar dakwaan berita berkenaan adalah tentang Beego.

"Saya perasan juga cerita ini dan ada yang hantar pautan artikel, tapi tak sempat nak baca sebab hari ini (Jumaat) terlalu sibuk. Kalau betul itu dia, kita doakan yang terbaik. Dia pun ada anak-anak. K£s mahkamah pun belum selesai... jadi selesaikan ini dahulu," tuturnya.
Sebelum ini, sebuah p0rtal berita melaporkan kisah seorang artis lelaki yang pergi ke kel@b mal@m bersama rakan-rakan termasuk wanita dan laporan itu turut menyebut selebriti yang dikaitkan itu kini sedang berdepan mas@lah rumah tangga.

Menerusi ruangan komen, ada yang memetik nama Beego memandangkan k£s perceraiannya dengan Linda kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selepas pelakon itu memfailkan cerai terhadap suaminya pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Untuk makluman, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: