"Ramai yang berkata, walaupun saya ibu tiri, Alhamdulillah saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang terutama dengan suami dan anak-anak."
Itulah tutur isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 37, dimana dia menerima dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran, meskipun menjadi ibu tiri bukan tugas mudah.
Dalam pada itu, Watie berkata, kebahagiaan dan rezeki yang diperoleh hari ini banyak datang daripada keluarganya, justeru apabila orang melabel dirinya sebagai 'ibu tiri yang baik', dia menganggap dirinya sama saja seperti ibu lain yang mendidik anak dengan cara tersendiri.
"Ada masa saya jadi cikgu, ada masa jadi 'singa', ada juga masa jadi doktor dan kadang-kadang seperti ej£n FBI. Sama saja seperti ibu lain. Nak kata saya penuh kesabaran, tidak juga. Saya pun manusia biasa," jelasnya.
Tambahnya lagi, kunci utama dalam membina hubungan baik dengan anak-anak Shuib ialah menanamkan nilai kasih sayang dalam setiap perkara, selain turut sentiasa berpesan kepada anak-anak bahawa dimanjakan dan diberi kasih sayang adalah dua perkara berbeza.
"Kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu memanjakan anak hingga mereka jadi sus@h untuk dikawal. Saya lebih pilih untuk beri kasih sayang. Kalau ada masa saya perlu menegur, saya tegur.
"Tapi, setiap hari saya pastikan kasih sayang tetap ada melalui pelukan dan ciuman," katanya yang memberitahu, pendekatan itu membuatkan anak-anak dapat menerima dirinya seperti ibu kandung mereka sendiri.
"Sama seperti ibu kandung, ada masa mar@h, ada masa memberi. Kalau asyik mar@h tanpa kasih sayang, ia jadi lebih sukar," ulasnya.
Mengimbas perjalanan tiga tahun bergelar ibu tiri, Watie mengakui, fasa awal lebih mencab@r, dimana pada awalnya, dia mengikut saja kemahuan anak-anak kerana mahu menggembirakan mereka.
"Kalau seorang nak makan daging, seorang nak ayam, seorang nak ikan, saya turuti semua. Asalkan mereka gembira. Tapi, kemudian saya sedar, bila balik rumah datuk mereka, semua makan apa yang ada tanpa memilih.
"Jadi, kenapa di rumah saya perlu ikut kehendak masing-masing? Dari situ saya mula belajar lebih t£ga," ujarnya, dimana mendidik anak-anak semakin mudah kerana mereka cepat matang, malah dia bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa menyokong tindakannya.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Watie berkata, sebagai ibu yang meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak, dia lebih memahami keadaan mereka daripada pagi hingga malam, namun dia berpegang kepada prinsip untuk tidak membiasakan diri dengan sikap suka mengadu kepada suami.
"Saya tak mahu anak-anak rasa saya ini jenis ibu yang suka mengadu. Saya selalu fikir, kalau saya ada ibu tiri, apa perkara yang saya tak suka? Maka, itu yang saya tak akan buat pada anak-anak," tuturnya.
Jelas Watie lagi, walaupun arwah isteri Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah sudah lama meninggalkan mereka, namun nama dan kenangan arwah sentiasa hidup dalam keluarga kecil itu.
"Anak-anak tetap menyebut mengenai arwah ibu mereka secara semula jadi. Contohnya, bila dengar lagu mengenai ibu, mereka akan teringat.
"Seperti baru-baru ini, Thalita sedang berlatih sebuah lagu, dia telefon saya dan kata, 'Mummy, cuba dengar lagu ini'. Bila saya tanya lagu siapa, rupanya lagu arwah ibunya," kongsinya.
Kata Watie, baginya perkara itu tidak pernah menjadi halangan, malah, dia merasakan ia penting untuk anak-anak bebas bercakap mengenai arwah ibu mereka setiap hari.
"Perkataan 'ibu' itu sentiasa ada dalam rumah kami. Bila nak keluar, saya cadangkan kepada Thalita, 'cuba pakai kasut ibu'. Ada ketika mereka teringat cara arwah ibu mereka lakukan sesuatu. Semua itu masih disebut-sebut.
"Saya rasa itu yang buat kerinduan mereka tidak terpendam kerana mereka bebas bercakap mengenai arwah ibu mereka. Begitu juga Shuib.
"Kadang-kadang ketika memandu, dia berkata, 'Ibu dulu suka macam ni.' dan kemudian tanya saya pula, 'Kalau mummy, mummy suka macam mana?' Kami sekeluarga memang selalu berkongsi cerita begitu," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment