"Pada awalnya saya tidak sedar mengenai isu ini. Pihak pengurusan dan peminat yang tahu dan hantar kepada saya. Apa yang saya boleh cakap, benda ini tidak elok dan fitn@h.
"Sekarang ini bukan lagi untuk mempertimbangkan, tetapi sedang uruskan tindakan undang-undang. Ia akan dibuat kepada sesiapa sahaja yang s£barkan fitn@h berkenaan sebab nanti daripada fitn@h itu akan jadi lebih t£ruk.
"Benda ini sudah ada tindakan daripada pengurusan dan peguam saya," demikian ujar pelakon Fattah Amin dimana dia men£gaskan pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan mengatakan punca perceraian bersama pelakon Nur Fazura disebabkan orang ketiga.
Klik untuk gambar besar
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata perempuan itu lagi, dia yakin segala fitn@h yang direka dan disens@sikan dilakukan bagi mencal@rkan imej baiknya.
"Daripada apa yang diberitahu pengurusan, memang ada segelintir yang mahu cal@rkan imej saya. Kalau nak kata k£sal, bagi saya itu adalah lumrah sebagai anak seni. Kita memang tidak akan terlepas daripada kontr0versi," tuturnya.
Sebelum ini, nama Fattah tular di aplikasi Thr£ads apabila terdapat pasangan suami isteri yang juga personaliti media sosial mendedahkan rumah tangga mereka dig@nggu orang ketiga.
Selain memetik nama seorang penyanyi yang dikatakan cuba menjadi batu api, pasangan itu turut mendedahkan pelaku tersebut adalah individu sama yang dikatakan mengg@nggu rumah tangga Fattah dan Nur Fazura.
Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment