"Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi (semalam) jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi tr@uma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia tr@uma.
"Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga hari ni. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu. Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar."
Itulah tulis pembantu peribadi kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Niel Rafeq, yang tampil menjelaskan isu membabitkan Bella bersama pelakon Sophia Albarakbah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 malam tadi.
Niel yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di media sosial itu sekaligus menjawab dakwaan Bella kelihatan tidak selesa ketika menyampaikan anugerah di atas pentas.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah Niel turut meletakkan tanda pagar 'jangan buat innocent', dimana ia seolah-olah menyind1r individu tertentu.
Sebelum ini, suasana penyampaian trofi oleh Bella kepada Sophia kelihatan 'tidak m£sra', 'c@nggung' dan 't£gang' apabila masing-masing tidak bersalaman di atas pentas Anugerah Melodi Terhangat' yang berlangsung malam semalam.
"Yang ni saya kenal, kenal sangat. Sophia," ujar Bella yang tidak menyebut nama penuh ketika mengumumkan kemenangan Sophia, selain juga dilihat terus memalingkan mukanya sebaik menyerahkan trofi dan bunga kepada pelakon itu.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Bella juga terus menghilangkan diri selepas acara tamat dan langsung tidak muncul di bilik sidang media walaupun memenangi kategori 'Selebriti Couple Goals Terhangat' bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Pada Januari tahun lalu, nama Sophia pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam k0nflik rumah tangga Bella dan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang akhirnya bercerai pada 13 Jun lalu selepas memiliki dua anak, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment