06 August 2025

EDA EZRIN AKHIRNYA DIBEBASKAN SELEPAS 9 BULAN DALAM PENJ4RA - BAPA LUAH RASA SYUKUR : "PEMBEBASAN HARI INI, MEMBUKTIKAN DIA TIDAK BERSALAH"



"Alhamdulillah, sembilan bulan kami berada dalam keadaan yang suk@r digambarkan memikirkan dia ditah@n di Penj@ra Pusat Narathiwat.

"Hari ini Eda Ezrin dibebaskan. Saya belum memaklumkan lagi kepada dua anaknya. Pembebasan Eda Ezrin hari ini (Rabu) membuktikan dia tidak bersal@h."

Demikian tutur bapa kepada penyanyi lagu 'Bea Sobar Bea', Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf, 52, dimana air matanya j@tuh berguguran tanpa henti selepas mengetahui anak sulungnya itu bebas pada jam kira-kira 2.20 petang hari ini.

Dalam pada itu, kata Wan Ismail, mereka akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah pada malam Khamis.

Difahamkan, Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dibebaskan sepenuhnya dari tah@nan Penj@ra Pusat Wilayah Narathiwat.

Klik untuk gambar besar

Pembebasan itu dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan.

Keputusan itu juga dibuat terhadap Eda dan suami berserta empat lagi rakan mereka.

Terdahulu, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditah@n oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditah@n Bersama 6,000 biji pil kuda dalam s£rbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.
Keenam-enam susp£k kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun sama.

Pada 6 Mac lalu, Eda dan Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan berkenaan.

Pun begitu, selepas bebas daripada tuduhan memiliki pil yab@ itu, Eda, suami dan empat rakannya masih perlu menjalani hukvman penj@ra sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.

Hal demikian kerana pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh mahkamah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: