06 August 2025

SUDAH MENINGKAT REMAJA - ERRA FAZIRA IZIN ANAK GADISNYA, ALEESYA GUNA TELEFON SENDIRI TAPI BERSYARAT



"Sebelum ini, Aleesya memang tak ada telefon bimbit sendiri kerana dia tidak dibenarkan cuma baru sekarang lepas dia habis peperiksaan, saya dan bekas suami izinkan tetapi kami juga letakkan syarat tertentu untuk dipatuhinya.

"Kami dapati dia (Aleesya) pun sudah masuk fasa remaja sekaranglah dan kena ada dapat telefon (bimbit) sendiri. Tapi, kami turut buat perjanjian bersama, antaranya Aleesya boleh ada telefon itu pada waktu yang tertentu sahaja.

"Kata laluan pula kena kongsikan dengan saya dan bapanya agar kami boleh akses bila-bila masa. Kalau dia buat sal@h atau langg@r perjanjian, telefon itu akan ditarik balik."

Itulah kata Erra Fazira, 51, dimana pelakon juga penyanyi itu mengaku, dia tidak membenarkan anak gadis tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 16, memiliki telefon bimbit sendiri sebelum ini.

Jelasnya, ketika kanak-kanak, Aleesya memang tiada telefon bimbit, namun memandangkan kini dia sudah meningkat remaja maka, baru diizinkan dan secara bersyarat.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata, syarat-syarat tertentu berkenaan perlu diletakkan supaya dia dan bekas suaminya, Engku Emran ada cara memantau aktiviti penggunaan telefon dan tingkah laku Aleesya pada setiap masa kerana penting untuk mengawasi anak-anak.

"Mungkin ini cara yang baik untuk saya dan Engku Emran gunakan bagi memantau aktiviti anak kami. Kita cubalah buat sebaiknya untuk Aleesya. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kami tidak mahu dia lakukan perkara tidak baik.

Klik untuk gambar besar

"Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita pun, bijak lagi anak-anak. Jadi, kita buat apa yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah sahaja. Kalau terlalu t£gas macam ibu bapa kita didik kita dulu pun, tak boleh juga," ujar pelakon filem 'S£mbilu' dan 'Maria Mariana' ini.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, anak perempuan itu juga seorang yang bersikap 'intr0vert', pendiam dan sangat jarang mahu berkongsi mengenai perihal peribadinya.

"Bapa Aleesya juga seorang yang t£gas orangnya. Jadi sebab itu di pihak saya pula, perlu bersikap lebih terbuka dan 'sporting' supaya dia datang kepada saya untuk bercerita dan meluahkan perasaan.

"Kalau saya pun t£gas dan gar@ng kepadanya, nanti ke mana pula Aleesya nak pergi untuk luahkan apa yang dia rasa dan berkongsi mas@lahnya. Sekarang nak besarkan anak sangat mencab@r," tuturnya yang bakal menjadi juri tetap program Kilauan Emas 2025.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry KRU atau Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, sebelum mereka sah bercerai pada Jun 2006.

Erra kemudian bertemu jodoh kali kedua bersama ahli perniagaan, Engku Emran pada Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Bagaimanpun, Erra dan Engku Emran sah bercerai pada Februari 2014 selepas tujuh tahun hidup bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: