Bagi menjawab n0tis tuntutan (LOD) daripada penyanyi legenda, Datuk Amy Search, peguam kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Nini Adila Wan Omar dari Tetuan Naim, Adib & Jailani, memaklumkan, pihaknya kini dalam proses untuk mendapatkan keterangan anak guamnya berserta bukti-bukti berkenaan.
Jelas Nini Adila, dia yang dilantik Shila untuk kendalikan k£s berkenaan sudah maklum mengenai LOD itu dan perlukan masa untuk meneliti dokumen diterima.
"Dalam proses perundangan, bila kita terima apa-apa dokumen, ia sebenarnya pros£dur yang normal bagi pihak yang dapat dokumen itu diberi masa untuk teliti, dapatkan nasihat peguam dan sebagainya.
"Sebab kita semua berhak untuk dapat nasihat peguam, melantik peguam bagi mewakili kita dalam semua k£s membabitkan perundangan. Jadi apa yang berlaku sekarang ini, pihak Shila sudah melantik saya dan kita dalam proses untuk dapatkan keterangan daripada anak guam saya.
"Termasuk juga bukti-bukti yang berkenaan untuk saya bal@s, jawab pada LOD daripada pihak Datuk Amy," jelasnya yang turut memberitahu, ada banyak perkara perlu dipertimbangkan.
Tambahnya lagi, dia juga tidak boleh memperincikan berapa lama masa diperlukan oleh pihaknya buat masa ini, namun apa yang sangat pasti, pihaknya kini dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada Shila.
"Kita memang akan bal@s LOD yang diterima itu. Cuma bila, saya tidak dapat perincikan. Jadi, apa-apa pun saya berharap k£s ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya.
Ujar Nini Adila, dia bagaimanapun tidak boleh mendedahkan butiran berkenaan kerana peribadi dan sulit ketika ditanya mengenai permintaan daripada Amy terhadap Shila dalam LOD itu.
Sementara itu, pengurus Shila, Aini pula berkata, dia mewakili penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu memohon maaf kerana Shila tidak dapat menjawab sebarang temubual daripada media.
"Terima kasih sebab bertanya, tapi saya sebagai wakil Shila minta maaf sangat-sangat. Buat masa sekarang Shila tidak menjawab sebarang 'interview' media.
"Kami sudah 'hire lawyer' untuk mewakili Shila. Jika memerlukan sebarang 'statement' (kenyataan) boleh hubungi lawyer kami sahaja," ulasnya.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi rock 'otai', Amy Search sudah menghantar LOD kepada Shila dan perkara itu disahkan peguam mewakilinya, Datuk M Reza Hassan.
Dalam pada itu, Reza juga menjelaskan, peguam Shila sudah maklum mengenai LOD itu dan turut meminta waktu bagi tindakan lanjut.
Sebelum itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, membuat laporan polis selepas mendakwa seorang penyanyi legenda itu meny£rangnya di sebuah acara persembahan disertai mereka.
Pada 10 Julai lalu, Shila telah membuat laporan polis dan mengesahkan Amy yang juga bapa kepada pelakon Nabila Huda adalah individu dimaksudkan.
Susulan itu, polis sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak dan berdasarkan sias@tan awal, punca ket£gangan itu disebabkan Amy tidak berpuas hati kerana Shila didakwa mencampuri urusan keluarganya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment