06 August 2025

"SIJIL (NIKAH YANG BAHARU) PUN DAH KELUAR (DAPAT), ALHAMDULILLAH, DALAM MASA IDAH LAGI DAH 'SETTLE' (SELESAI)..." - EDIKA YUSOF



"Dah 'settle' (rujuk semula). Sijil (nikah yang baharu) pun dah keluar (dapat). Alhamdulillah, dalam masa idah lagi dah 'settle' (selesai) semuanya (rujuk). Terima kasih."

Demikian jelas pelakon Edika Yusof, 58, dimana hasratnya untuk memujuk sekali gus rujuk semula dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, ketika dalam idah menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Edika atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, meluahkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan jodoh dengan isterinya, walaupun mereka sah bercerai pada awal Mei lalu dan kini sepakat membuka semula lembaran baharu dalam rumah tangga.

Kata Edika, sepanjang tempoh perceraian itu, hubungannya dengan Nor Hidayah tetap baik kerana mereka ada mengusahakan perniagaan bersama-sama.

Sebelum ini, buat pertama kali selepas bercerai, bapa kepada dua anak itu pernah memuatnaik video di media sosial miliknya, dimana dia bersama Nor Hidayah dan anak-anak keluar makan sekeluarga sempena sambutan Hari Bapa, Jun lalu.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Edika juga didapati sudah beberapa kali memuat naik foto mereka berdua dan Nor Hidayah secara solo berserta hantaran kata-kata indah yang jelas menunjukkan kebahagiaan.

Sejak itu, kebanyakan wargamaya yang meninggal komen mendoakan terbaik buat pasangan yang sudah hidup bersama selama 22 tahun ini agar dipanjangkan jodoh dan rujuk semula.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 Mei lalu, selepas wanita itu memfailkan cerai di mahkamah pada pertengahan Februari 2025 kerana sudah tiada persefahaman.

Edika yang berkahwin dengan Nor Hidayah pada 2003 itu pernah menjadi perhatian ramai apabila pelakon filem 'Maria Mariana' ini sanggup berk0rban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selama 19 tahun selepas melahirkan anak kedua mereka.

Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20, selain Edika juga mempunyai dua anak tiri daripada perkahwinan pertama Nor Hidayah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: