02 August 2025

EDA EZRIN DIDAKWA FAIL CERAI - PENJ4RA NARATHIWAT TAMPIL NAFI, JELAS DIBENARKAN JUMPA SUAMI SEBULAN SEKALI



Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan penyanyi lagu 'Bey Soba Bey', Eda Ezrin memfailkan cerai terhadap suaminya, Mohamad Afendi Ahmad.

Bagaimanapun, dakwaan menjadi tular itu dinafikan oleh penj@ra Wilayah Narathiwat, Thailand, dimana pengarahnya iaitu Surin Chantep memberitahu, Eda tidak pernah membuat sebarang tuntutan fasakh.

"Kami tidak menerima sebarang permohonan daripada Eda. Ini hanyalah khabar angin tidak berasas. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh timbul kerana dia (Eda) tidak pernah menyuarakan hasrat demikian," ujarnya.

Jelas Surin lagi, meskipun Eda dan suaminya itu sama-sama ditah@n di penj@ra, mereka diberi kebenaran berjumpa sebulan sekali pada setiap Rabu.

"Untuk makluman keluarga dan peminatnya, pihak penj@ra membenarkan dia (Eda) bertemu dengan suaminya sebulan sekali pada setiap Rabu. Pertemuan selama 20 minit itu dipantau oleh seorang pegawai penj@ra," katanya.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, timbul khabar angin Eda memfailkan permohonan cerai tersebar dalam kalangan peminat dan ahli keluarganya baru-baru ini.

Pada 6 Mac lalu, Eda dan Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil y@ba pada 1 November tahun lalu.

Turut dibebaskan adalah empat rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26 tahun.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan.

Pun begitu, selepas bebas daripada tuduhan memiliki pil y@ba itu, Eda, suami dan empat rakannya masih perlu menjalani hukvman penj@ra sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Hal demikian kerana pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh mahkamah.

Untuk rekod, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditah@n oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditah@n Bersama 6,000 biji pil kuda dalam s£rbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah r£man di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun sama.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam susp£k berpotensi melarikan diri sekiranya perkara itu dibenarkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: