22 August 2025

ERRA FAZIRA LUAH RASA SYUKUR PUTERINYA, ALEESYA YANG BERJAYA PEROLEH PERCAPAIAN CEMERLANG, 7A



"Alhamdulillah, syukur. Antara detik paling bermakna dalam hidup saya. Saya hanya mahu katakan, saya bangga dengan kamu, anak!
"Terima kasih kepada semua guru yang membantu kejayaan anak saya dengan cemerlang. Juga terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan Aleesya sepanjang menghadapi peperiksaan ini."

Itulah tulis pelakon popular, Erra Fazira yang berasa bangga apabila anak gadis kesayangannya, Engku Aleesya Engku Emran melakar kejayaan cemerlang dengan memperoleh 7A dalam peperiksaan IGCSE, baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan Erra menerusi hantaran video yang dimuat naik di media sosial, dimana ia turut disertakan dengan ucapan ringkas namun sarat makna.

Difahamkan, Aleesya telah mendapat A dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik, Bi0logi, Sosi0logi, Bahasa Malaysia dan Psik0logi.

Lebih bermakna, kejayaan Aleesya itu membuka lembaran baharu buatnya untuk melangkah ke peringkat lebih mencab@r iaitu A-Level, sebelum meneruskan langkah ke menara gading.

Tambah Erra lagi, kejayaan Aleesya bukan sekadar terletak pada keputusan peperiksaan, tetapi pada sikap rajin, disiplin dan ketabahan anaknya men£mpuh perjalanan ilmu.

Sementara itu, Aleesya dalam video terbabit turut menyifatkan kejayaan yang diraih itu sebagai satu k£jutan buat dirinya serta mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar.

"Saya sangat terk£jut. Terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya termasuk Cikgu Ariff yang banyak membantu dalam subjek Fizik," ucapnya sambil tersenyum.

Meninjau ke ruangan komen pula, ramai netizen memuji cara Aleesya mengimbangi kehidupan remaja dengan tuntutan akademik, dimana ia bukan sesuatu yang mudah dicapai pada usia muda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: