18 August 2025

FAZURA KONGSI VIDEO KEMAS BEG FATIMA UNTUK BERCUTI KE DISNEYLAND - NETIZEN RASA SEBAK



Pelakon Nur Fazura menerusi media sosial miliknya telah berkongsi video sedang mengemas beg pakaian anaknya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti ke Disneyland bersama bapanya yang juga pelakon, Fattah Amin.

Melihat pada video tersebut, Fazura sedang melipat serta memilih pakaian yang bersesuaian untuk dibawa dan dipakai oleh anaknya ketika di sana nanti.

Difahamkan, Fatima akan bercuti ke Disneyland Tokyo bersama Fattah sekeluarga selama lapan hari.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian Fazura itu menjadi perhatian ramai dimana rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu, meskipun tanpa mekap.

Tidak kurang juga, ada yang sebak melihat momen tersebut serta berharap satu hari nanti Fazura dan Fattah sebagai co-parent boleh bercuti bersama Fatima suatu hari nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: