18 August 2025

HIDUP SUS4H SELEPAS S4KIT - SHARIZA MAHMUD K£SAL TIADA RAKAN MEMBANTU, TANYA KHABAR PUN TAK ADA : "T£RUKLAH (KEHIDUPAN) SEKARANG, MEMANG STRUGGL£"



"Saya sudah cuba minta bantuan daripada kawan-kawan, kalaulah ada tawaran berlakon. Malah kawan-kawan penerbit yang kita kenal pun tak boleh tolong.

"Mereka biasanya senyap saja, cakap tak ada duit peruntukan, tunggu duit daripada stesen televisyen lepas tu terus senyap. Hanya mampu berjanji sahaja. Kawan-kawan yang saya pernah tolong dulu, mesej atau tanya khabar pun tak ada."

Itulah tutur pelakon Shariza Mahmud, 59, dimana dia mengakui suk@r menerima bantuan daripada rakan-rakan, apa lagi yang mahu bertanyakan khabar tentang keadaan dirinya selepas empat tahun berdepan mas@lah kesihatan.

Kata Shahriza, dia kini mengharapkan tawaran lakonan memandangkan keadaan kewangan tidak stabil, namun pelbagai alasan diterima dan mereka hanya mampu berjanji serta diam tidak memberi sebarang khabar berita.

Dalam pada itu, Shahriza memberitahu, sebelum ini dia ada menerima bantuan daripada persatuan-persatuan artis, namun mengakui ia tidak cukup untuk menampung kehidupan selepas s@kit.

Klik untuk gambar besar

Tambah pelakon drama 'Pendekar' ini lagi, dia tidak hanya bergantung kepada bantuan sahaja, namun berusaha membuat pinjaman untuk perniagaannya tetapi masih belum berhasil.

"Persatuan ada beri bantuan tetapi semuanya secara 'one off'. Kalau dapat RM2,000 untuk lima tahun pun memang tak cukup. Saya cuba minta bantuan kawan-kawan dengan harapan mereka boleh membantu.

"Tak minta duit, hanya minta modal contohnya RM5,000 saya perlukan satu kedai untuk berniaga, jadi tak perlu saya buat jualan merata-rata tempat.

"Tapi tak ada seorang pun yang membantu sampai saya putus asa. Kalau nak buat permohonan pinjaman bank pun banyak sangat pros£durnya. Kita pun t@kut boleh bayar balik atau tidak," ujarnya.
Selain itu, akui Shahriza, kehidupannya kini semakin sus@h lebih-lebih lagi dia belum boleh bergerak sepenuhnya melainkan dengan bantuan tongkat.

"T£ruklah (kehidupan) sekarang, memang struggl£. Terasa sus@hnya itu yang membuatkan saya sangat s£nsitif sekarang. Saya masih belum pulih sepenuhnya. Sewaktu saya s@kit, saya ada slip disc. Setahun terbaring atas katil jadi, slip disc itu sudah himpit urat saraf.

"Bila mas@lah saraf ini, berdiri lama tak boleh, duduk terlalu lama tak boleh, baring lama-lama pun tak boleh. Balik kaki jadi b£ngkak. Rawatan fisi0terapi semua dah buat tetapi masih tak pulih," jelasnya.

Pada 1 Januari 2021, pelakon era 1990-an ini dijangk1ti k£ncing tikus dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selama seminggu.

Susulan itu, dia juga terlantar dan tidak boleh bergerak selama setahun kerana mas@lah slip disc dan hanya bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: