01 August 2025

FITRI HARIS NAFI DAKWAAN DIRINYA CUR4NG, AKUI RUMAH TANGGA BAIK & BAHAGIA - FAZILAH OMAR PULA PERCAYA PADA SUAMI



"Tak adalah, isteri saya dan anak-anak juga ada di sini. Kami bahagia dan sihat sahaja. Bagi saya, dakwaan itu tidak ditujukan kepada saya. Saya menafikannya."

Itulah kata penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris, 40, dimana namanya baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen susulan dakwaan berlaku cur@ng terhadap isterinya, Fazilah Omar yang baru melahirkan cahaya mata.

Fitri atau nama penuhnya, Mohamad Fitri Mohamad Haris, bagaimanapun menafikan tuduhan tidak berasas itu dan men£gaskan rumah tangganya bersama isterinya itu berada dalam keadaan baik.

Jelas penyanyi nasyid itu, dia hanya mengetahui tentang dakwaan tersebut selepas dimaklumkan oleh wartawan, namun memilih untuk tidak melatah kerana yakin ia hanyalah tekaan netizen semata-mata.

Ujarnya lagi, kerana sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah, dia tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan.

Klik untuk gambar besar

"Ini kali pertama saya dengar perkara ini. Masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga dan kerjaya sebagai ahli akademik.

"Pada hujung minggu pula saya terlibat dengan kumpulan UNIC. Jadi, saya memang tiada masa untuk melayan dakwaan seperti itu.

"Saya juga tak rasa apa-apa sebab saya tahu itu bukan saya," tuturnya yang turut men£gaskan, tuduhan tersebut tidak berasas dan hanya bersifat andaian tanpa sebarang bukti.

"Dalam Islam, antara d0sa yang mudah diampunkan oleh Allah ialah d0sa orang yang j@hil. Saya anggap mereka (netizen) ini tidak tahu dan sekadar meneka sahaja," ulasnya.

Sementara itu, isteri Fitri ketika ditanya mengenai dakwaan itu berkata, dia memilih untuk mempercayai suaminya, malah men£gaskan rumah tangganya dalam keadaan bahagia.
"Saya tak boleh nak cakap apa-apa dan tiada apa yang nak diulas. Saya percaya pada suami saya. Saya rasa perkara ini melibatkan banyak pihak, kalau tidak tentu saja dia sudah lama mengesahkan tuduhan itu. Alhamdulillah saya dan suami okay sahaja," jelasnya.

Sebelum ini, sebuah p0rtal melaporkan seorang penyanyi nasyid didakwa berlaku cur@ng dengan anak kepada ahli p0litik dan kerap menghabiskan masa bersama di pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Fitri dan isteri mendirikan rumah tangga pada Disember 2019 dan memiliki dua cahaya mata.

Fitri sebelum ini pernah mengalami kegag@lan berumah tangga sebanyak tiga kali dan hasil daripada sal@h satu perkahwinan itu dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Sofea Solehah, 21.

Manakala Fazilah pula, dia juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Qalish Rayyan Adam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: