"Terima kasih kerana menjadikan hari lahir saya paling bermakna dalam tahun ini. Kini (usia) saya bertambah setahun lagi. Terima kasih Helmi."
Demikian tulis penyanyi dan pelakon, Fiza Halim dimana perkongsian itu menjadi perhatian apabila memuat naik video di media sosial menyambut ulang tahun bersama seorang lelaki dikenali sebagai Helmi.
Dalam perkongsian tersebut, Fiza bersama lelaki itu dilihat berjalan bersama sambil berpegangan tangan serta berterima kasih kerana memberikan kenangan indah bersempena dengan hari jadinya.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga, ada yang berteka-teki mengenai hubungan Fiza dengan lelaki berkenaan, selain turut mendoakan agar hubungan mereka ke jinjang pelamin.
Untuk makluman, Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.
Kemudian Fiza berkahwin kali kedua dengan peserta Akademi Fantasia, Adam dan perkahwinan ketiga dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment