"Apa yang boleh saya katakan, kenyataan itu macam kiasan sahaja sebenarnya. Kiasan daripada 'anak derh@ka kepada ibu', tapi ibu derh@ka kepada anak memang tidak wujud pun, tak ada.
"Walaupun ibu itu jah@t macam mana (terhadap anak). Tetapi, saya nak ambil 'short form' sahaja, kiranya jalan pintaslah macam yang saya cakap itu, apa yang terlintas di 0tak saya.
"Tapi, Athalia yang tak nak (keluar hidup sendiri), dia nak duduk dengan saya juga. Segar@ng-gar@ng saya ini, dia tetap nak terus duduk dengan saya".
Itulah kata penyanyi Sharifah Zarina yang menjelaskan, kenyataan spontannya 'tak nak ibu derhaka pada anak' ketika ditanya juri Talk To My Manager (TTMM) tidak bermaksud apa-apa.
Kata Zarina, dia tidak sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut dan sememangnya tidak akan ada ibu 'derhaka' kepada anaknya.
Dalam pada itu, Zarina memaklumkan, dia memang tiada mas@lah untuk mengikut apa sahaja lagu yang anaknya, Athalia suka serta menyifatkan hubungan mereka rapat seperti kawan dan apa yang diperkatakan diatas pentas hanya kiasan.
"Bila soalan (daripada AC Mizal) itu tanya macam mana saya dengan anak, memang saya ikut sahajalah apa dia (Athalia) suka. Kita jadi macam kawan.
"Itu membuatkan saya tak nak berlakunya anak kadang-kadang rasa tak selesa dengan emak. Apapun yang saya cakap itu (ketika atas pentas) adalah jalan pintas sahaja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment