21 August 2025

FIZIKAL ANAK DIPERS0AL - MIRA FILZAH NAFI AMIR KURUS SEBAB KURANG MAKAN, TETAPI IKUT GENETIK SUAMI



" 'Anak nampak macam kurus macam kurang makan'. Hey, awak semua ni, dekat komen tu ada saja yang nak kata, g£muk tak boleh kurus tak boleh. Amir ni kurus dan tinggi ikut bapa dia dan bapa-bapa saudaranya. Mereka semua tinggi 6 kaki ke atas.
"Masa kecil dah memang tinggi budak ini, padahal baru tiga tahun lebih usianya. Ada saja yang tak kena. Makan banyak pun nanti dia berak banyak juga."

Demikian ujar pelakon Mira Filzah, dimana dia menjelaskan anaknya iaitu Wan Khair Amir mempunyai badan yang kurus bukan kurang pengambilan makanan, tetapi mewarisi genetik keluarga suaminya, Wan Emir Astar yang berbadan tinggi dan kurus.

Mira menerusi satu sesi siaran langsung itu turut berkata, anaknya seorang yang aktif dan ianya normal untuk kanak-kanak memiliki fizikal seperti itu.

"Lagi pun dia budak lelaki, setiap malam lepas mandi pukul 10 pun dia berpeluh lagi sebab bermain. Biasalah tu," tuturnya yang mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: