"PM (Perdana Menteri) kata saya perlu sabar... Insya-Allah semua akan baik-baik sahaja. Kehadiran beliau bersama Menteri Besar memberi semangat untuk saya terus kuat menghadapi cab@ran hidup.
"Saya juga menerima sumbangan kewangan daripada kedua-dua pemimpin ini dan akan menggunakannya untuk membantu keluarga, termasuk membeli ubat-ubatan abah.
"PM juga turut bertanya khabar keadaan abah saya yang menjalani pemb£dahan kali kedua akib@t kans£r usus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini.
Demikian ujar pelawak Amir Raja Lawak, 36, dimana dia menerima kunjungan Perdana Menteri (PM) yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kedai makan ayam goreng miliknya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan hari ini.
Klik untuk gambar besar
Ketika pertemuan itu juga, jelas Amir lagi, Perdana Menteri turut bertanyakan mengenai isu gaji serta mengenai keadaan bapanya yang menjalani pemb£dahan kali kedua hari ini dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Dalam pada itu, Amir berkata, sumbangan yang diberikan akan digunakan sebaiknya untuk bapanya yang s@kit, selain memberitahu, Perdana Menteri turut menitipkan nasihat kepadanya untuk bersabar.
Anwar yang tiba sekitar jam 4 petang bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, disambut mesra oleh Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi.
Kunjungan itu diadakan sehari selepas Amir memuat naik hantaran di media sosial, dimana dia berharap Perdana Menteri singgah ke pr£misnya.
Sebelum ini, Amir menjadi perhatian apabila menuntut baki bayaran RM18,000 daripada Awesome TV yang didakwa tertunggak hampir tiga tahun.
Pelawak itu men£gaskan mahu bayaran penuh tanpa potongan atau ansuran kerana memerlukan dana segera bagi menampung kos rawatan bapanya.
Selain Amir, pelawak Mamak Puteh, Abu Mamu dan Ammar Titan turut mendakwa berdepan isu tunggakan bayaran daripada stesen televisyen sama.
Bagaimanapun, susulan kenyataan tersebut, pihak Awesome TV memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Amir, Mamak dan Abu atas dakwaan menc£markan nama baik stesen itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment