09 August 2025

"BILA THALITA MENJ£RIT KES4KITAN, SAYA RASA SATU PUCHONG BOLEH DENGAR" - SHUIB TERHARU LIHAT PERANAN BESAR WATIE DALAM URUS ANAK-ANAK KETIKA SITUASI C£MAS



"Saya masa itu di luar, tak tahu apa yang terjadi di rumah. Bila balik, baru tahu kejadian agak s£rius sampai tangan dan muka Thalita teruk pada malam itu. Sampaikan Watie menggigil tak tahu nak buat apa bila kejadian berlaku.

Malam itu bila Thalita menj£rit kes@kitan, saya rasa satu Puchong boleh dengar. Tapi syukur semuanya okay... cuma kena sapu ubat dan jangan kopek luka."

Itulah kata pelawak dan usahawan, Shuib, 41, dimana dia menarik nafas lega selepas doktor mengesahkan keced£raan anak perempuan tunggalnya, Thalita, akib@t terkena minyak panas di tangan dan muka tidak terlalu s£rius.

Kongsi Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, kejadian itu berlaku ketika Thalita membantu isterinya, Watie Hanifiah di dapur, sementara dia berada di luar rumah.

Mengulas lagi mengenai perkembangan kesihatan Thalita, Shuib memberitahu, anak perempuannya itu kini dalam proses penyembuhan selepas menerima rawatan doktor.

"Selepas bawa Thalita pergi klinik dan doktor beri ubat. Doktor juga beritahu bahagian luka tak boleh kopek, Insya-Allah akan ganti dengan kulit yang baru. Selepas sebulan mungkin akan okey.

"Bila kejadian sebegitu terjadi, Watie memainkan peranan yang sangat besar dan saya suka tengok caranya menjaga Thalita. Ketika tangan Thalita mel£cur tempoh hari, dia hanya mahu Watie duduk menemaninya sahaja sehingga ubat pun tak boleh ambil.

"Saya berasa terharu dan seronok pun ada. Kalau Watie tiada, saya pun tak tahu apa akan berlaku," jelasnya yang turut mengakui anak perempuannya itu memang terkenal sebagai 'drama queen' setiap kali berdepan kes@kitan sejak kecil.

"Saya faham dia s@kit, tapi dari dulu lagi Thalita memang kuat drama. Nak c@but gigi sebatang pun menj£rit bukan main kuat. Tapi sebagai orang tua, kita layan saja," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Shuib dalam masa sama meluahkan rasa terharu melihat peranan besar isterinya itu dalam menguruskan anak-anak ketika berdepan situasi c£mas.

"Asbab apa jadi, saya kagum tengok Watie mainkan peranan besar. Dulu ada kejadian Mateen hampir p£kak sebab telinga kanan dia masuk air sampai ada fungus.

"Dalam sebulan Watie sabar, hari-hari korek telinga Mateen sampai hilang bakt£ria itu. Sebab itu Mateen sayang sangat pada Watie.

"Sejak kejadian itu, Matin sangat menyayangi Watie yang dipanggil 'mummy'. Bila tanya kenapa sayang 'mummy', dia akan jawab sebab Watie yang menjaganya.

"Begitu juga Thalita, waktu dia s@kit hari itu, dia tak mahu orang lain... nak melekat saja dengan Watie walaupun tengah s@kit," tuturnya.

Sebelum ini, Watie berkongsi di media sosial mengenai keadaan Thalita yang mengalami l£puh di muka dan tangan akib@t insid£n tersebut, selain memohon doa agar anak tirinya itu segera sembuh.

Thalita berdepan detik c£mas apabila terkena minyak panas ketika membantu ibu tirinya itu memasak pada 7 Ogos lalu.

Menurut Watie, kejadian itu berlaku ketika Talita atau nama sebenarnya, Dzahira Thalita Zahra, 12, membantunya menggoreng kentang dan minyak panas di dalam kuali mel£tup selepas dipercayai terkena air.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: