"Sekarang ini media sosial pun saya dah jarang buka. Saya memilih untuk tidak baca komen kerana terlalu banyak komen t0ksik. Ada yang sampai buat parodi.
"Apa yang saya perhatikan, bukan saya seorang saja yang menghadapinya tetapi orang awam pun turut jadi m@ngsa. Cuma mungkin saya selebriti jadi lebih t£ruklah saya dikec@m.
"Tapi saya lihat artis lain pun berdepan nasib sama, kadang-kala hantaran mereka biasa saja tetapi tetap ada komen neg@tif."
Demikian kata Ruhainies, 33, dimana pelakon itu mengakui, dia semakin jarang membuka media sosial kerana enggan terk£san dengan komen t0ksik netizen.
Menurut pelakon drama 'Aku Isterinya' itu, situasi terbabit bukan hanya men1mpa golongan selebriti, malah orang awam turut berdepan nasib sama apabila menjadi m@ngsa kec@man.
Ujar Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia melihat tr£nd pengguna media sosial kini semakin melamp@u berbanding sebelum ini.
"Semakin hari saya lihat pengguna media sosial makin merep£k dan melamp@u. Dulu lebih relaks dan santai, mungkin kekangan ekonomi dan kesihatan ment@l menjadikan media sosial kian t0ksik," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies berkongsi rasa teruja, selepas hampir setahun berehat daripada dunia lakonan, dia kini kembali ke set penggambaran.
"Memang tak sabar nak kembali semula ke set selepas hampir setahun juga berehat. Saya hanya berehat daripada dunia lakonan tetapi kempen untuk media sosial tetap berjalan seperti biasa.
"Insya-Allah ada lagi beberapa projek menanti, yang akan saya umumkan di media sosial tak lama lagi. Saya pun baru selesai satu projek bersama TV3. Saya rasa dah lama sangat berehat jadi dah tiba masanya untuk saya kembali berlakon," jelas Ruhainies.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment