10 August 2025

"BUKAN HANYA MALAYSIA, MALAH DI HOLLYWOOD... PEMINAT MEMANG SUKA 'SHIP' (KENENKAN) ARTIS" - DAYANG ANGGAP IA PERKARA BIASA, HAEL PULA SYUKUR ATAS DOA



"Bila dengar itu saya tergelak, sangat comel, terima kasih. Saya fikir kita kena hormat peminat jika mereka mahu padankan kita dengan sesiapa.
"Perkara ini bukan hanya terjadi di Malaysia, malah di Hollywood. Peminat memang suka 'ship' (kenenkan) artis.

"Saya harap mereka terus menyokong saya dan Hael. Tiada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih dan doakan yang baik-baik."

Itulah ujar penyanyi Dayang Nurfaizah, 44, dimana dia mengakui terhibur apabila mendengar sorakan peminat yang memintanya berkahwin dengan rakan artis, Hael Husaini, ketika kemunculannya di konsert Hael Husaini & Repertoire, baru-baru ini.

Kata Dayang atau nama penuhnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, reaksi itu dianggapnya sebagai sesuatu yang manis dan lucu.

Sementara itu, pendapat Hael atau Hal Husaini Razmi, 37, pula, sorakan itu mungkin bukan ditujukan kepada mereka berdua.

"Saya rasa sorakan itu bukan untuk saya dan Dayang, mungkin untuk pasangan lain. Tidak mengapa, saya anggap itu sebagai sal@h satu cara lagu-lagu saya diraikan.

"Ada lagu saya yang sedih, ada juga yang meraikan kebahagiaan. Bila orang mendoakan, itu sudah menjadi kejayaan terbesar malam ini (kelmarin)," tuturnya.

Suasana di Zepp Kuala Lumpur menjadi gamat apabila peminat melaungkan perkataan 'kahwin' berulang kali ketika persembahan duet Hael dan Dayang.

Menerusi konsert sulung Hael itu, Dayang memeriahkannya dengan menyampaikan dua lagu popular, 'Har@m' dan 'Hari Ini'.

Terdahulu, khabar angin mengenai hubungan istimewa antara mereka pernah tular apabila kedua-duanya memberi bayangan sudah tidak lagi solo.

Pada Jun lalu, timbul pula dakwaan Dayang sudah bertunang, namun kedua-duanya menafikan dan men£gaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: