"Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga. Zuriat yang akan melengkapi kehidupan kami bertiga dan sahabat sedar@h Sulaiman. Doakan sempurna lancar sampai hujungnya.. Tak boleh sorok eh dengan korang, mesti nampak saja."
Demikian tutur pelakon Syifa Melvin yang berkongsi khabar gembira, dimana dia kini sedang hamil anak kedua, selain turut meluahkan rasa syukur apabila keluarga kecilnya bakal bertambah meriah tidak lama lagi.
Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 31, yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya pada awal pagi Ahad, berharap orang ramai mendoakan agar urusan kehamilan dipermudahkan.
Melihat pada perkongsian itu, ia turut memaparkan Syifa bersama suaminya iaitu Safawi Rashid serta anak sulungnya, Saif Sulaiman yang sedang memegang alat ujian kehamilan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Syifa Melvin turut memberitahu, dia mengalami al@han t£ruk pada tempoh trimester pertama dan apa yang dilalui kali ini, jauh berbeza berbanding ketika dia hamil anak pertama.
"Kali ini al@han pada trimester pertama agak t£ruk sikit. Dulu tiada al@han pun melainkan tak boleh bau tumis atau minyak wangi saja.
"Tapi kali ini masak sendiri pun nak termunt@h, bau bawang pun nak termunt@h. L0ya setiap masa serta kulit muka dan badan kering.
"Saya al@h dengan bau sangat wangi sampai sekarang, tapi l0ya-l0ya sudah tiada... hanya trimester pertama saja," jelasnya ketika menjawab soalan peminat di media sosial.
Syifa dalam masa sama berkata, mas@lah itu juga semakin hilang apabila usia kandungan memasuki trimester kedua.
Selain itu, isteri Safawi ini berharap pengalaman yang dilalui itu memudahkan urusan bersalin nanti, memandangkan sebelum ini perlu menjalani kaedah pemb£dahan.
Maklumnya lagi, dia mengikuti nasihat doktor agar menjarakkan usia kehamilan selama 18 bulan kerana proses bersalin sebelum ini.
"Mana tahu al@han ini Allah nak mudahkan saya bersalin secara normal nanti. Saya dinasihatkan untuk mengandung selepas 18 bulan bersalin kalau tidak mahu kena caesarean lagi.
"Jadinya jarak Saif dan adik dia dua tahun lima bulan, tapi apa-apa pun ikut nasihat doktor," tuturnya yang tidak menjelaskan secara terperinci usia kandungan anak keduanya.
Untuk makluman, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Safawi pada 28 November 2022 dan dikurniakan anak sulung, Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment