"Kita (JPJ) dapati ada dua lagi selebriti yang belum membayar cuk@i jalan kenderaan mewah mereka. Hasil pemerhatian kita lakukan, mereka ini tidak lagi memandu kenderaan itu yang diletakkan di rumah dan hanya menaiki kenderaan lain untuk keluar."
Itulah kata Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan, kepada pemberita, dimana dua orang selebriti yang memiliki kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit didapati masih belum membayar cuk@i jalan serta perlindungan insur@ns.
Menurutnya lagi, sias@tan telah dijalankan menerusi Op Luxury yang dilaksanakan di seluruh negara, selain memaklumkan, kenderaan berkenaan sudah tidak digunakan dan menyimpannya di dalam kediaman mereka.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, media melaporkan sebuah kereta mewah jenama Porsche milik seorang pelakon wanita antara 101 kenderaan yang dis1ta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Luxury sepanjang Jun.
Pemilik juga menggunakan alasan hanya kenderaan tersebut dipandu pada hujung minggu sahaja.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment