25 August 2025

"IA HANYA AKAN MENDATANGKAN LEBIH BANYAK MUD4RAT DARIPADA KEBAIKAN... SAYA TAK MAHU KOMEN FASAL HUBUNGAN CINTA DIA (AMEERA KHAN)... " - NEELOFA



"Saya rasa nak simpan komen itu pada diri sendiri sebab ada sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mud@rat daripada kebaikan.

"Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutvk, apa saja jawapan pasti kena kec@m. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab. Saya tak mahu nak komen fasal hubungan cinta dia (Ameera)."

Demikian tutur pengacara dan usahawan, Noor Neelofa, 36, dimana dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai sp£kulasi hubungan adiknya iaitu pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang kini menjadi bualan hangat netizen.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, jika dia mengeluarkan sebarang kenyataannya, ia akan menc£tuskan lebih banyak reaksi neg@tif dalam kalangan masyarakat dan kerana itu, dia lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, t£gas Neelofa lagi, tidak adil untuk membuat perbandingan antara dirinya dan Ameera kerana mereka tidak berada dalam satu industri yang sama.

"Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza. Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal.

"Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja, tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia (Ameera) bukan pelakon, penyanyi atau pengacara. Tidak," ujar Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Nelofa Mohd Noor.

Terdahulu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) pernah menjalin hubungan cinta dengan Jefri, sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.

Bagaimanapun, pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan pasangan ini kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: