25 August 2025

LINDA HASHIM DAKWA BEEGO TAK MANFAAT PELUANG BERSAMA ANAK-ANAK : "BULAN INI DIA HANYA JUMPA SEKALI SAHAJA, ITU PUN DALAM 15 MINIT & DI TEPI LONGKANG"



"Saya masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan apabila membenarkan Beego berjumpa anak-anak tanpa sebarang halangan. Tapi sayangnya dia tak gunakan peluang itu sebaiknya. Bulan ini dia hanya jumpa anak-anak sekali sahaja. Itu pun dalam 15 minit saja dan di tepi longkang."
Itulah kata pelakon Linda Hashim, dimana dia mendakwa suaminya, pelakon Beego tidak menggunakan kesempatan dan peluang yang diberi ketika berjumpa anak-anak apabila tidak membawa mereka pergi makan serta meluang masa lebih lama.

Dalam pada itu, Linda menjelaskan, meskipun apa pun terjadi dalam rumah tangganya dengan Beego, dia meminta anak-anak untuk menghormati bapa mereka, selain turut berpesan agar jangan masuk campur urusan ibu bapa.

Sementara itu, kata pelakon itu lagi, dia akan menunggu hari tersebut apabila diminta mengulas kenyataan Beego bahawa dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan semua perkara.

"Saya bersiap sedia seandainya ada berbaur fitn@h atau man1pulasi, saya akan tegakkan perkara sebenar," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: