26 August 2025

"SEKIRANYA T£RUK, KAKI SAYA AKAN DIP0TONG DALAM MINGGU INI" - SATHIYA KATA HARI INI DOKTOR AKAN CEK KEADAAN KAKINYA YANG DIJANGK1TI KUM4N



"Esok pagi (hari ini) saya akan ke hospital. Doktor akan 'double check' keadaan kaki saya dan beritahu keputusannya. Sekiranya t£ruk, kaki saya akan dip0tong dalam minggu ini.
"Tapi kita tunggu esoklah apa kata doktor kerana doktor nak periksa lagi. Saya okey saja terima keputusan doktor. Kalau dah p0tong kaki, pakai kaki palsu lah. Apa boleh buat demi kesihatan saya."

Itulah kata Sathiya, 61, dimana pelawak veteran itu memaklumkan, dia akan dimasukkan semula ke Hospital Ampang, hari ini untuk pemeriksaan lanjut kaki kirinya yang dijangk1ti kum@n.

Jelas Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut dan sekiranya kum@n makin mer£bak, kakinya akan dip0tong sebelum paras buku lali.

Terdahulu pada awal Ogos, Sathiya menjalani proses pemotongan tiga jari kiri akib@t jangk1tan kum@n yang berpunca daripada diab£tes.

Dalam pada itu, ujar Sathiya lagi, sekiranya ada tawaran selepas ini, dia akan terus berlakon walaupun tanpa kaki yang sempurna dan terpaksa duduk di kerusi roda.

"Kalau boleh bekerja, saya bekerja. Berlakon hanya pakai mulut saja. Duduk pun boleh berlakon. Sebelum ini pun saya dah berlakon," tuturnya.

Malam kelmarin, Sathiya antara artis yang menerima sumbangan berjumlah RM3,000 daripada Persatuan Pengimp0t dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

Ia hasil daripada penganjuran Kejohanan Golf Amal PEKEMA 2025 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad (semalam) di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez dan Biro Perhubungan PEKEMA Academy, Ahmad Azmi Noordin berkunjung ke rumah Sathiya bagi menyampaikan sumbangan terbabit.

Pelakon sitk0m 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' pada era 1990-an itu sudah beberapa tahun menghidap diab£tes dan dar@h tinggi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: