"Sebelum ini saya menerima rawatan 11 hari di Hospital Shah Alam, selepas itu saya dirujuk ke Serdang selama tiga hari. Saya dimasukkan ke hospital sebab s£mput, suk@r nak bernafas. Ada mas@lah paru-paru berair."
Demikian jelas Ali, dimana vokalis kumpulan XPDC itu memaklumkan, dia menerima rawatan di dua buah hospital akib@t mengalami mas@lah paru-paru berair.
Kata Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, 57, sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk rawatan susulan, dia sebelum ini dimasukkan ke Hospital Shah Alam selama 11 hari.
Maklum Ali lagi, dia sudah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu dan kini sedang berehat di rumah selepas kesihatannya berada dalam keadaan baik.
Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah tahap kesihatan baik-baik saja tetapi mas@lah kesihatan ni datang berkala," ujar Ali, dimana suaranya kedengaran tidak bermaya ketika dihubungi.
Untuk makluman, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya pada 27 Mac lalu kerana mengalami mas@lah sama iaitu kesuk@ran bernafas.
Ali sebelum ini pernah mengalami s£rangan jantung dan berdepan mas@lah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas r£bah secara tiba-tiba.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment