26 August 2025

JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN - ZIANA & ANUAR ZAIN REDA PEMERGIAN BAPA TERSAYANG : "SAYA SEDIH HILANG DOA SEORANG BAPA"



"Dia adalah tulang belakang kerjaya saya. Dia yang ajar menyanyi dan teknik bernafas. Soal penampilan juga abah sentiasa ambil tahu. Setiap kali nak keluar dia akan tanya siapa yang solekkan saya. Dia selalu pesan, apabila kaki jejak di atas pentas, aura kena ada. Itulah nasihat yang sentiasa saya ingat."

Demikian tutur penyanyi Ziana Zain, 57, dimana katanya, arwah bapanya, Allahyarham Zain Abdullah banyak memberi tunjuk ajar dalam teknik nyanyian suatu ketika dahulu, selain sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan kerjaya anak-anaknya.

Bukan sekadar seorang bapa, arwah juga menjadi individu penting dalam perjalanan kerjaya dua anaknya, Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana dan juga Anuar.

Dalam kesedihan, Ziana reda dengan ketentuan Ilahi kerana seluruh ahli keluarga sudah bersedia selepas arwah disahkan menghidap kans£r pr0stat.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa. Perkara ini kami sudah set dalam minda untuk hadapinya. Cuma saya sedih hilang doa seorang bapa. Sebagai bapa, dia adalah penjaga saya dan kini Allah ambil buat selamanya.

"Syukur urusan dipermudah. Abah dahulu seorang polis dan dikenali dengan sifat pemurah dan suka bantu orang lain. Dia juga sering beri makan kepada orang," ujarnya.

Kongsi Ziana lagi, arwah bapanya itu sudah menunjukkan tanda-tanda lemah sehingga memerlukan bantuan dalam pengurusan harian, malah katanya, sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat memanggil nama semua anak dan cucu untuk berada di sisinya.

"Dia sebut nama setiap orang. Dia panggil saya dan ibu untuk teman tidur di sebelah," kongsi penyanyi lagu 'Madah Berhelah' itu.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Anuar meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berkaitan perjalanan terakhir Allahyarham bapanya selesai dalam tempoh lima jam.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan urusan abah. Semua selesai kurang lima jam. Kata orang kalau urusan dipermudahkan, dia seorang yang dikasihi," tuturnya ketika ditemui selepas selesai urusan pengkebumian arwah.

Anuar yang reda dengan pemergian bapa tersayang itu memberitahu, Allahyarham menghidap kans£r pr0stat sejak Disember tahun lalu.

"Sebenarnya arwah menghidap kans£r pr0stat dan sudah mer£bak. Sebelum ini sudah menerima rawatan. Cuma pagi tadi dia alami cirit-birit. Tapi apa yang boleh saya katakan ajalnya sudah tiba. Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah," jelasnya.

Bercerita tentang momen terakhir bersama arwah, Anuar memberitahu, dia berada di sisi sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir, malah sepanjang bapanya diuji dengan kes@kitan, kesemua adik-beradik sentiasa memberi perhatian penuh.

"Dia selalu cakap minta maaf sebab menyus@hkan, tetapi sebenarnya tidak langsung. Kami lima beradik sempat menjaga sepanjang arwah s@kit," ceritanya.

Difahamkan, arwah yang merupakan orang yang penting dalam kerjaya seni adik beradik Ziana dan Anuar itu juga pernah terbabit dalam kugiran muzik pasukan beruniform.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 7 malam, Selasa, selepas menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.32 petang tadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: