"Mak dah balik. Semalam saya menunggu dengan penuh debar hampir dua jam untuk dia keluar, berdebar-debar rasanya sebab dah lebih dua tahun tak jumpa! Rinduuuuuuu. Alhamdulillah sekarang dia dah kembali dalam pelukan saya."
Itulah tulis penyanyi dan pelakon, Farahdhiya Mohd Amin, 41, menerusi media sosial miliknya, dimana dia turut menyertakan emoji love (cinta).
Dalam perkongsian itu, Farahdhiya akhirnya dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya, apabila insan tercintanya ini terbang dari England ke Malaysia untuk bertemu dengannya.
Farahdhiya dilihat menanti ketibaan ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, malam tadi, dengan penuh sabar.
Lebih sebak, menerusi video terbabit juga, kelihatan ibunya menangis apabila dipeluk oleh anak kesayangannya.
Terdahulu, Farahdhiya pernah memaklumkan, t@kut naik pesawat menjadi punca dia tidak ke London untuk bertemu ibunya.
Mereka hanya bertemu apabila ibunya datang ke Malaysia pada Disember 2022, selepas tiga tahun tidak berbuat demikian.
Farahdhiya sepatutnya merancang ke London bertemu ibunya, hujung Disember atau Januari lalu, bagaimanapun berlaku beberapa insid£n membabitkan kapal terbang membuatkan dia dan keluarga berasa t@kut untuk melakukan perjalanan jauh.
Meskipun begitu, hubungan Faradhiya dengan ibunya itu tidak pernah putus kerana setiap hari mereka akan berhubung menerusi panggilan video.
Akui penyanyi lagu 'Bertakhta Di Hati' ini, tidak mudah berjauhan dengan ibunya itu dan hanya panggilan video tempat mereka melepaskan rindu.
Untuk makluman, Farahdhiya kehilangan bapanya, Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 9 Januari 2020 dan penyanyi itu sekarang hanya ada seorang abang yang turut tinggal di Kuala Lumpur.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment