19 August 2025

KEMBALI AKTIF MENYANYI MINGGU DEPAN - EDA EZRIN BELUM SEDIA BUAT PERSEMBAHAN DI LOKASI JAUH, RANCANG CEBURI BIDANG PERNIAGAAN



Penyanyi Eda Ezrin mengakui dia bersedia untuk kembali aktif dalam kerjaya nyanyiannya minggu depan selepas hampir dua minggu meluangkan masa bersama keluarga.
Kemunculan semula penyanyi yang popular menerusi lagu 'Bae Soba Bae' itu akan dimulakan dengan penggambaran video muzik untuk single terbaharunya.

Dalam pada itu, Eda berkata, dia ada menerima banyak tawaran persembahan di Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lain sejak dibebaskan dari penj@ra Narathiwat pada 7 Ogos lalu.

Bagaimanapun, jelas Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, buat masa ini dia hanya akan menerima tawaran persembahan di Kelantan.

"Saya belum bersedia untuk membuat persembahan di lokasi yang jauh, terutamanya di luar Kelantan," katanya yang dipetik daripada temu bual bersama New Straits Times dan itu adalah kemunculan bersemuka pertamanya dengan media.

Sementara itu, ibu kepada dua anak ini memaklumkan, beliau juga merancang untuk menceburi bidang perniagaan dengan persetujuan suaminya, selain menghidupkan semula kerjaya nyanyiannya.

"Suami akan menemani saya bukan saja semasa persembahan, tetapi juga dalam perjalanan perniagaan saya," tuturnya sambil mengerjakan lirik lagu baharunya.

Terdahulu, Eda bersama suaminya dan empat yang lain dibebaskan dari penj@ra itu awal bulan ini selepas ditah@n lebih sembilan bulan.

Keenam-enam mereka ditah@n di penj@ra itu selepas ditangk@p oleh polis Sungai Golok dalam satu s£rbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu. Turut diramp@s dalam s£rbuan itu ialah 6,059 biji pil Yab@.

Pada Mac tahun ini, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan keenam-enam mereka daripada tuduhan memiliki pil berkenaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa raya Thailand untuk menah@n lanjut Eda Ezrin dan lima yang lain.

Tempoh tah@nan selama enam bulan itu bertujuan memberi masa kepada pihak pendakwa raya untuk mencari saksi dan bukti terhadap k£s itu.

Namun, sehingga hari terakhir tah@nan pada 6 Ogos, pihak pendakwa raya gag@l mengemukakan bukti, sekali gus mendorong hakim untuk membebaskan Eda Ezrin, suami dan empat rakan mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: