20 August 2025

SAH CERAI TALAK SATU - ZEHRA ZAMBRI KATA B£BAN DITANGGUNGNYA SUDAH HILANG - IQWAN LEGA PROSES SELESAI : "SAYA T4KUT JUGA TADI, KALAU DIA 'DATANG BULAN' LAGI"



Pada pada jam 10.30 pagi tadi, penyanyi Zehra Zambri, 38, dan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Wan Nurulddin Wan Hussain di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini.

Penantian selama lima bulan untuk keputusan perceraian difailkan terhadap bekas suami itu akhirnya selesai juga hari ini, Zehra berkata, memang b£ban ditanggungnya sudah hilang sedikit dan kini banyak benda yang boleh dirancang untuk kehidupan baharu.

"Apapun, saya perlu pulihkan diri saya untuk berdamai dengan takdir ini perlukan masa juga. Saya akan majukan diri saya, cari balik diri saya yang dah hilang sebelum ini dan nak cari semangat baharu, nak kehidupan baharu.

"Saya mahu bangkit semula dan fokus utama saya juga kepada anak untuk menjaga ment@l anak saya, selain diri saya sendiri. Saya rasa sudah cukuplah saya berjuang, kasih sayang pun dah tak ada, apa lagi nak diteruskan," katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan ada ruang untuk dia berbaik semula atau kembali bersama dengan bekas suami selepas perceraian tersebut, Zehra menjelaskan, ia tidak akan berlaku kerana kem£lut rumah tangga itu terjadi disebabkan 'shiqaq' berpanjangan dan sudah tiada persefahaman.

Klik untuk gambar besar

"Saya memang tak ada sebab nak kembali bersama sebab kami 'shiqaq' (tiada persefahaman) yang berpanjangan. Dalam perkahwinan pun, dia (Iqwan) tahulah macam mana layanan dia terhadap saya. Jadi, saya rasa sudahlah. Dah tutup dah buku dan tak nak lah walaupun kez@liman ke, keburvkan dia ke, saya tak nak cerita dah.

"Semuanya dah lepas. Saya pandang ke depan, nak 'move on' sebab banyak lagi benda-benda baharu saya nak 'explore'. Terutama nak aktif semula dalam karier saya, fokus anak sebab itu lagi utama," jelasnya.

Akui Zehra lagi, tiada sebarang ucapan maaf atau komunikasi antara mereka di penghujung perkahwinan itu, namun dia tetap memilih untuk berlapang dada dan memaafkan apa yang sudah berlaku.

"Tiada saling bermaafan mahupun sebarang komunikasi. Tapi Alhamdulillah akhirnya dia beri kerjasama untuk lepaskan saya dengan talak satu hari ini di hadapan hakim.
"Sebagai orang yang pernah hidup bersama, saya maafkan sahaja apa yang telah kami lalui. S@kit itu simpan, jadikan pengajaran untuk hidup akan datang," tuturnya yang turut memaklumkan, selepas ini dia akan membuat tuntutan hadanah selain menguruskan isu berkaitan hak tertungg@k melalui proses mahkamah.

"Fasal anak selepas ini saya akan buat tuntutan hadanah dan sebagainya. Hak mutlak tertunggak semua akan diuruskan kemudian. Buat masa sekarang, saya nak lapangkan dada dulu. Satu mas@lah besar sudah selesai... selebihnya kita uruskan langkah demi langkah," katanya.

Sementara itu, Iqwan meluahkan rasa lega apabila proses perceraian yang diinginkan bekas isteri itu dapat dikotakan selepas beberapa bulan dan katanya lagi, meskipun perceraian bukan perkara mudah, namun dia reda dengan keputusan itu kerana ia juga adalah permintaan daripada Zehra.

"Tidak ada rasa berat hati sebab dah lima bulan k£s kami berlangsung, kemudian permintaan itu daripada Zehra sendiri. Kita cuba juga berbincang sebelum ini tapi tak jumpa kata sepakat bagi kedua-dua belah pihak. Jadi Alhamdulillah hari ini saya dah tunaikan janji untuk melafazkan cerai terhadapnya.

"Alhamdulillah, sudah selesai semuanya. Lancar dan tiada sebarang mas@lah. Lega lah. Hari ini pun, hanya lafaz cerai sahaja dan hadanah (hak penjagaan anak), itu proses lain.
"Saya t@kut juga tadi, kalau dia (Zehra) 'datang bulan' lagi. Tapi, Alhamdulillah saya dah dapat kotakan janji. Apatah lagi, saya juga sudah ikut Majlis Tahkim sebelum ini dan mengarahkan lafaz cerai pada hari ini.

"Jadi, saya hadir ini untuk saya bagilah apa yang dia nak iaitu perceraian selama beberapa bulan ini. Alhamdulillah, proses berlangsung dengan baik sekali," ujar Iqwan.

Disamping itu, Iqwan turut mengulas mengenai hubungan baik dengan bekas isteri selepas ini demi kebahagiaan dan kasih sayang anak, dimana katanya, hakim pun ada menasihatkan dan mengingatkan mereka untuk berbaik-baik untuk urusan anak.

"Memang hakim ada nasihati (berbaik demi anak). Hubungan kekal untuk menguruskan anak. Cuma, saya belum lagi pergi berjumpa dengan anak buat masa ini.

"Tapi, disebabkan kita sudah bercerai, jadi proses itu (urusan anak) akan jadi lebih mudahlah. Kita akan ada proses hadanah (hak penjagaan anak), ada masa tertentu yang saya boleh pergi melawat dan sebagainya," tuturnya.
Pada 14 Julai lalu, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini menetapkan urusan perceraian antara Zehra dan Iqwan akan dibuat menerusi lantikan hakam oleh mahkamah.

Lafaz cerai pasangan ini sepatutnya dibuat pada 13 Ogos, namun ditangguhkan kepada tarikh hari ini kerana Zehra berada dalam keadaan tidak suci ketika itu.

Difahamkan Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan dengan lima tuntutan dibuat terhadap lelaki itu, antaranya dakwaan berkaitan nafkah dan berlaku kegan@san dalam rumah tangga.

Sebelum ini juga, hasil daripada pembentangan keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) kepada pihak mahkamah mendapati ada berlakunya 'Shiqaq' iaitu tiada persefahaman yang berpanjangan.

Untuk makluman, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: