09 August 2025

KONGSI KISAH HIDUP UNTUK TELADAN - SHILA AMZAH KATA TIADA MANUSIA SEMPURNA : "SAYA SAYANG MAK SAYA... DIA (IBU) BERKAHWIN TERLALU MUDA DAN MEMPUNYAI EMPAT ORANG ANAK PADA USIA 29 TAHUN"



"Saya sayang mak saya, tolong jangan dengar p0dcast itu seolah-olah hubungan kami tak okay. Malah kami lebih rapat sekarang walau apa pun yang berlaku pada masa lalu."

Demikian ujar penyanyi Shila Amzah menerusi sebuah hantaran Thr£ads, dimana dia berharap orang ramai tidak cepat membuat penilaian terhadap hubungannya dengan ibu, Fauziah Sarman.

Bimbang perkongsian dalam sebuah p0dcast disal@h tafsir, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 35, men£gaskan tidak wujud sebarang mas@lah bersama ibunya kini yang boleh menimbulkan sal@h faham ramai.

Dalam pada itu, kata Shila lagi, perkongsian yang dibuat dalam p0dcast berkenaan baru-baru ini bukan bertujuan memburvkkan sesiapa, sebaliknya ia adalah untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai mengenai perjalanan hidup yang pernah dilaluinya.

Klik untuk gambar besar

Malah, Shila berkata, dia juga memahami tindakan ibunya ketika itu, memandangkan Fauziah berkahwin dan mempunyai anak pada usia 29 tahun.

"Dia berkahwin terlalu muda dan mempunyai empat orang anak pada usia 29 tahun. Perkongsian saya hanya sebagai teladan, tiada manusia yang sempurna.

"Menjadi ibu bapa bukan mudah, tolong berikan kasih sayang kepada ibu saya. Dia memerlukannya sama seperti saya," tuturnya.
Tambah penyanyi itu, ibunya kini sedang melalui proses penyembuhan daripada pengalaman lalu, dan dia percaya setiap insan berhak untuk merasai kebahagiaan dalam hidup.

"Proses penyembuhan bukan mudah, dan ia memerlukan masa. Namun pada akhirnya, semua orang berhak untuk mengecapi kebahagiaan," jelasnya.

Sebelum ini, Shila berkongsi perjalanan hidupnya sejak remaja ketika menjadi tetamu dalam p0dcast Kita Kita Aje! yang dikendalikan Datuk Aznil Nawawi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: