09 August 2025

SELEPAS SETAHUN BERI MUKA - MAMAT SEPAH AKUI SUDAH TERIMA RM20,000, P£LIK RAKAN LAIN BELUM DAPAT BAKI BAYARAN : "SAYA TAK FAHAM KENAPA DIKATAKAN ADA PR0DUKSI LUAR TERLIBAT"



"Apa yang terjadi pada Amir, berlaku juga pada saya. Untuk sitk0m bersama Amir itu memang saya berurusan terus dengan pihak stesen TV melalui penerbit di sana. Cuma baki bayaran untuk saya sendiri dah dapat. Dalam semua artis yang bersuara, hanya saya sahaja yang menerima bayaran tersebut."

Itulah kata Mamat Sepah, dimana pelawak itu mendedahkan dia pernah berdepan situasi sama seperti rakan baiknya, Amir Raja Lawak, yang mendakwa belum menerima bayaran tungg@kan daripada stesen televisyen Awesome TV.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, 40, bagaimanapun memaklumkan, pihak berkenaan telahpun menjelaskan baki bayaran untuk penglibatan dalam sebuah program sitk0m sebelum ini.

"Apa yang terjadi pada Amir, berlaku juga pada saya. Untuk sitk0m bersama Amir itu memang saya berurusan terus dengan pihak stesen TV melalui penerbit di sana.

Klik untuk gambar besar

"Cuma baki bayaran untuk saya sendiri dah dapat. Dalam semua artis yang bersuara, hanya saya sahaja yang menerima bayaran tersebut," ujarnya.

Berkongsi lanjut, Mamat berkata, dia mengambil pendekatan berterus-terang dengan pihak terlibat sehingga isu tersebut dapat diselesaikan kira-kira dua tahun lalu.

"Saya terus hubungi Datuk Adam (ketua pegawai eksekutif) dan isu ini selesai dua tahun lepas. Selama setahun saya beri muka, lepas itu saya WhatsApp, dia bal@s.
"Saya minta hut@ng saya sebanyak RM20,000, baki selebihnya daripada itu saya tak kisah kalau dia tak nak bagi. Saya hanya cakap benda yang betul sahaja. Nasib pelawak lain saya tak tahu kenapa mereka tak dapat," ujarnya.

Dalam masa sama, Mamat juga memilih untuk tidak mengulas lanjut apabila isu ini telah melibatkan tindakan sam@n terhadap Amir, m0alah dia sendiri tidak mengetahui akan penglibatan sebuah produksi luar seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Awesome TV.

"Cuma yang berurusan dengan kami semua adalah pihak stesen TV dan saya tak faham kenapa dikatakan ada pr0duksi luar terlibat. Bagi saya, bila perkara ini dibawa ke mahkamah, biarlah peguam yang selesaikan," jelasnya.
Sebelum ini, Amir menuntut baki bayaran sebanyak RM18,000 daripada Awesome TV selepas hampir tiga tahun menunggu, selain men£gaskan mahu bayaran penuh tanpa potongan atau ansuran kerana dana tersebut diperlukan segera untuk menampung kos perubatan bapanya yang menghidap kans£r usus.

Selain Amir, rakan pelawak seperti Mamak Puteh, Abu Mamu dan Ammar Titan turut tampil mendedahkan isu tungg@kan bayaran yang didakwa belum diselesaikan stesen televisyen tersebut.

Namun susulan kenyataan mereka, pihak Awesome TV memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Amir, Mamak dan Abu atas dakwaan mencemarkan nama baik stesen itu dengan men@bur fitn@h.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: