10 August 2025

"LANGKAH SETERUSNYA MASIH LAGI PERLUKAN DOA SEMUA" - ERRA FAZIRA AKUI SUDAH TINJAU BEBERAPA DEWAN TAPI TAK 'LOCKED', BERSYUKUR BANYAK PIHAK NAK TAJA



"Tidak dapat dinafikan ada d£sas-d£sus (kahwin), jadi kita sajalah tinjau tempat (dan) kawan-kawan pun bagi cadangan lokasi menarik. Mereka pun tahu kita dalam fasa berkawan yang membuatkan orang syorkan tempat (kenduri).

"Kami okey, 'take note' tapi macam saya katakan langkah seterusnya masih lagi memerlukan doa semua. Kami tak 'locked' pun dewan. Nak kata dekat tarikh (nikah) belum lagi, saya sus@h nak cakap. Benda ini (kahwin) s£rius. Kalau ye, famili tahu dah."

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dimana dia mengakui sudah meninjau beberapa dewan acara, namun belum membuat sebarang tempahan susulan timbul khabar angin majlis pernikahan dikatakan semakin hampir.

Dalam pada itu, Erra turut menjelaskan, dia berkunjung ke lokasi acara berkenaan atas ajakan kenalan yang mahu menunjukkan keistimewaan pr£mis perniagaan mereka.

Dedah Erra lagi, banyak pihak menghubunginya untuk menaja perkahwinannya bersama usahawan, Ezwan Zain berikutan k£coh d£sas d£sus mereka bakal berkahwin.

Klik untuk gambar besar

"Apabila timbul khabar bakal berkahwin, banyak pihak 'approach' nak masuk (taja), tanya macam-macam. Kita terbuka, kalau nak kita dengar sahaja isi kertas cadangan tapi selebihnya adalah doa ramai.

"Apa pun saya syukur dan berterima kasih kepada yang berminat nak taja. Mungkin mereka dengar kami berkawan dah ke arah itu (kahwin), waullahualam," ujarnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada sumber mendakwa Erra dan Ezwan memilih bulan Oktober 2025 sebagai tarikh hari bahagia mereka.

Sebelum ini, Ezwan mengakui bersedia untuk membawa hubungan rapatnya dengan Erra ke fasa perkahwinan.

Kata Ezwan, perkara yang baik boleh dicepatkan, malah dia dan Erra mempunyai matlamat hidup yang sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: